السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Dalil-dalil tentang Aurat & Huraiannya Aurat wanita adalah suatu anggota badan yang tidak boleh ditunjukkan atau diperlihatkan kepada orang lain dan hukum menutup aurat adalah wajib. Dalil tentang aurat juga telah banyak disebutkan dalam al-Qur'an dan al-Hadits, antaranya seperti: 1. Dalil Pertama
Menurut Ibnu Kathir, Allah SWT memberikan kemurahan kepada hamba-hambaNya iaitu berupa penciptaan pakaian dan perhiasan bagi mereka. Perkatan اللِّباَسُ dalam ayat di atas dimaksudkan dengan penutup aurat sedangkan perkataan الرِّيَاشُ dan الرِّيسُ dimaksudkan kepada sesuatu yang digunakan untuk menghiasi diri. Maka, pakaian adalah bersifat utama dan perhiasan hanyalah sebagai pelengkap atau tambahan semata-mata. Menurut Ibnu Jarir, dalam percakapan masyarakat Arab, الرِّيَاشُ bermaksud kepada peralatan dan semua pakaian yang nampak secara zahir. Manakala Ali bin Abi Thalhah mengatakan dari Ibnu Abbas bahawa الرِّيَاشُ bermaksud harta kekayaan. Imam Ahmad meriwayatkan dari Abul ‘Ala‘ As-Syaami, dia berkata: “Abu Umamah pernah mengenakan pakaian baru. Ketika sampai pada tulang selangkanya dia berkata: Sepertimana sabdaan Rasulullah SAW: “Barangsiapa mendapatkan baju baru, lalu dipakainya, serta berdoa ketika sampai ke bahagian tulang selangkanya: 2. Dalil Kedua
Menurut Ibnu Kathir, ayat tersebut berisi perintah Allah SWT kepada wanita-wanita mukminah untuk membezakan mereka dengan sifat wanita-wanita jahiliyah dan musyrikah. Firman Allah SWT pada ayat “Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka” bermaksud kepada perkara yang haram mereka lihat, contohnya melihat kepada lelaki-lelaki selain suami mereka. Sebahagian besar ulama berpendapat, wanita tidak boleh melihat kepada lelaki-lelaki yang bukan mahram, baik disertai dengan syahwat atau tanpa syahwat. Walaubagaimanapun, ada sebahagian ulama lainnya berpendapat bahawa kaum wanita boleh melihat lelaki-lelaki bukan mahram asalkan tanpa disertai syahwat. Seperti yang diriwayatkan dalam kitab as Shahih, ketika Rasulullah SAW menyaksikan kaum Habasyah yang sedang bermain tombak di dalam masjid, sementara ‘Aisyah RA juga menyaksikan mereka dari belakang beliau, beliau menutupinya dari mereka hingga ‘Aisyah RA jemu dan pulang. Firman Allah SWT pada ayat “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya” bermaksud janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kepada lelaki-lelaki bukan mahram, kecuali perhiasan yang tidak mungkin disembunyikan. Perhiasan zahir (biasa / yang nampak) dimaksudkan seperti pakaian luar. ‘Abdullah bin Mas’ud RA mengatakan, “Contohnya tudung, baju luar iaitu pakaian yang biasa dikenakan oleh wanita Arab, iaitu baju kurung (jubah) yang menutupi seluruh tubuhnya. Adapun yang nampak di bawah baju tersebut, maka tiada dosa atas mereka kerana hal itu tidak mungkin ditutupi. Iaitu sama halnya dengan perhiasan wanita yang nampak berupa kain sarung yang tidak mungkin ditutupi.” Menurut Al - A’masy yang meriwayatkan dari Sa’id bin ]ubair RA, dari Ibnu ‘Abbas RA mengatakan bahawa, “Iaitu wajah, kedua telapak tangan dan cincinnya.” Manakala, perhiasan yang dilarang untuk dinampakkan seperti yang dikatakan oleh Abu Ishaq As-Sabi’i, dari Abdul Ahwash, dari ‘Abdullah bin Mas’ud termasuk perhiasan seperti anting-anting, gelang tangan, gelang kaki, dan kalung. Dalam periwayatan lain, melalui sanad yang sama juga: “Perhiasan ada dua jenis; perhiasan yang hanya boleh dilihat oleh suami, iaitu cincin dan kalung. Dan perhiasan yang dapat dilihat oleh orang lain, iaitu pakaian luar.” Manakala, Ibnu ‘Abbas dan para ulama yang mengikuti pendapatnya menafsirkan firman Allah SWT “Kecuali yang yang zahir daripadanya” sebagai wajah dan dua telapak tangan. Itulah tafsir yang popular di kalangan jumhur ulama, di sokong oleh hadis mengenai Asma’ binti Abu Bakar yang datang menemui Rasulullah SAW, dimana saat itu dia menggunakan pakaian yang nipis. Lalu, Rasulullah SAW memalingkan wajahnya dari Asma’ dan bersabda: “Hai Asma’, sesungguhnya apabila seorang wanita telah haid (mencapai usia baligh), maka tidak boleh terlihat darinya kecuali ini. Beliau mengisyaratkan kepada wajah dan dua telapak tangannya.” Firman Allah SWT dalam ayat “Dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka” bermaksud kepada hendaklah tudung dibuat luas hingga menutupi dadanya, iaitu untuk menutupi bahagian tubuh di bawahnya seperti dada dan tulang dada agar tidak menyerupai wanita-wanita Jahiliyah. Sa'id bin Jubair mengatakan bahawa ayat “dan hendaklah mereka menutup” adalah bermaksud mengikatnya iaitu ke leher dan dada hingga tidak terlihat sedikitpun. Ibnu Abi Hatim dari Shafiyyah binti Syaibah, dia berkata: “Ketika kami berada di sisi Aisyah RA dan berkata: Kami menyebut wanita-wanita Quraisy dan keutamaan mereka. Aisyah RA berkata, ‘Sesungguhnya wanita-wanita Quraisy memiliki keutamaan. Demi Allah, sungguh aku belum melihat wanita yang lebih utama daripada wanita Anshar, yang paling membenarkan Kitabullah dan paling kuat keimanannya kepada wahyu yang diturunkan. Sungguh, ketika turun firman Allah SWT: Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka, suami-suami mereka pulang menemui mereka dan membacakan ayat yang diturunkan Allah ini kepada mereka. Para suami membacakannya kepada isterinya, anaknya, saudara perempuannya, dan kepada seluruh kaum kerabatnya. Segera saja setiap wanita bangkit dan mengoyak kain-kain mereka lalu menutup tubuh mereka dengannya sebagai pembenaran terhadap Kitabullah dan keimanan mereka kepada wahyu yang diturunkan Allah dalam KitabNya. Mereka pun berada di belakang Rasulullah SAW dengan mengenakan tudung penutup kepala yang kelihatan seolah-olah burung-burung gagak hinggap di atas kepala mereka.’ ” Firman Allah SWT dalam ayat “Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan..” merujuk bahawa mereka semua adalah mahram bagi seorang wanita dan boleh baginya menampakkan perhiasannya kepada mereka akan tetapi tanpa bersolek. Firman Allah SWT dalam ayat “..atau perempuan-perempuan Islam", menujukkan bahawa seorang wanita boleh menampakkan perhiasannya kepada wanita-wanita Muslimah tetapi tidak kepada wanita-wanita ahli dzimmah. Wanita ahli dzimmah dimaksudkan kepada wanita kafir yang menetap dalam kerajaan Islam dan patuh. Menurut Mujahid Ibnu Jabr, wanita-wanita islam merujuk kepada wanita-wanita Muslimah dan bukan wanita-wanita musyrikah. Seorang wanita muslimah tidak boleh menampakkan perhiasannya kepada wanita musyrikah. Firman Allah SWT dalam ayat “…atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan” dimaksudkan kepada hamba wanita atau lelaki yang dimiliki dan hamba yang tidak sekufu iaitu yang sudah lemah akal serta tidak ada lagi keinginan (tiada nafsu syahwat) terhadap wanita. Sebahagian ulama mengatakan wanita boleh menampakkan perhiasannya di hadapan mereka. Firman Allah SWT dalam ayat “atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan..” Kerana mereka masih kecil, mereka belum mengerti tentang selok belok wanita, aurat wanita, tutur kata wanita yang lemah lembut, dan gaya jalan serta gerak-gerik wanita yang lemah gemalai. Jika anak tersebut masih kecil dan belum faham tentang wanita, maka dia boleh masuk menemui kaum wanita. Adapun jika anak itu telah mencapai usia baligh atau hampir mencapai usia baligh, telah mengetahui tentang wanita dan dapat membedakan antara wanita cantik dan wanita tidak cantik, maka mereka tidak boleh masuk menemui kaum wanita lagi. Firman Allah SWT ''Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka” merujuk kepada perbuatan wanita Jahiliyah ketika berjalan di jalanan dengan mengenakan gelang kaki yang tidak mengeluarkan suara. Lantas, mereka sengaja menghentakkan kakinya supaya kaum lelaki mendengar dentingannya. Lalu, Allah melarang wanita mukminah untuk melakukan hal yang sama, termasuklah ia memakai perhiasan yang tersembunyi lalu digerakkan untuk menampakkannya. Ini juga termasuk di dalamnya larangan memakai minyak wangi ketika keluar dari rumahnya sehingga kaum lelaki dapat mencium baunya. Mana-mana perempuan yang mengenakan wangian dan berjalan melewati satu kaum dan didapati bau darinya maka perempuan itu adalah penzina. Al-Imam al-Munawi RAH menyebutkan bahawa yang dimaksudkan dengan hadis di atas adalah perempuan yang memakai minyak wangi yang terzahir dan kuat baunya kemudian keluar dari rumah lalu melewati satu kaum iaitu lelaki-lelaki ajanib dan memang itu tujuannya, maka perempuan itu adalah penzina dari sudut mendapatkan dosanya. (Kitab Faydh al-Qadir, Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra) Ini kerana, wangian tersebut boleh mengalihkan pandangan ajbnabi, menggerakkan syahwat mereka, dan boleh membawa kepada berlakunya perkara yang lebih buruk. Jika begini keadaannya, maka perbuatan tersebut adalah haram dan al-Imam Ibn Hajar al-Haithami RAH menyebutkan bahawa ia termasuk di dalam dosa besar meskipun telah diizinkan suami untuk berpenampilan sedemikian. (Kitab al-Zawajir, Dar al-Fikr) Adapun jika mengenakan sedikit wangian-wangian bagi tujuan menghilangkan bau badan seperti memakai deodorant, bedak talkum, sabun dan sebagainya, ini tidaklah termasuk di dalam kategori wanita yang disebutkan di dalam hadis di atas tadi. Sesungguhnya wangian yang baik bagi lelaki adalah yang terzahir baunya dan tidak jelas warnanya dan wangian yang baik bagi wanita adalah yang terzahir warnanya dan tidak begitu kuat baunya. 3. Dalil Ketiga
Firman Allah SWT dalam ayat “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar)” merujuk kepada perintah Allah SWT iaitu kewajiban wanita-wanita mukmin untuk menutup auratnya. Allah SWT telah memerintahkan Rasulullah SAW untuk memerintahkan wanita khususnya isteri-isteri dan anak-anak perempuan beliau karena kemuliaan mereka supaya mengulurkan jilbab mereka, agar mereka berbeza dengan ciri-ciri wanita Jahiliyyah dan hamba wanita. Ibnu Katsir menjelaskan, jilbab adalah kain penutup di atas tudung. Syeikh Wahbah Az Zuhaili menjelaskan, Jalaabiib جلابيب adalah bentuk jamak dari jilbab جلباب iaitu baju terluar yang perempuan pakai untuk menutupi tubuhnya di atas baju kurung atau pakaian yang menutupi seluruh tubuh. Ibnu ‘Abbas pula menerangkan, Allah SWT memerintahkan perempuan beriman ketika mereka pergi keluar rumah untuk suatu keperluan, agar menutupi wajah dari atas kepala dengan jilbab dan hanya satu mata saja yang tampak. Abu Qatadah dan Ibnu ‘Abbas dalam riwayat lain menjelaskan boleh terlihat kedua matanya. Sedangkan Hasan Al-Basri menjelaskan gambarannya adalah perempuan menutupi separuh wajahnya. Ayat ini menjadi dalil bagi para ulama yang berkesimpulan wajibnya muslimah menutupi wajahnya (menggunakan niqab). Sebab para ulama mufassir seperti Ibnu Katsir dan At-Thabari menafsirkan perintah mengulurkan jilbab pada ayat ini dengan pengertian menutupi wajah, seluruh tubuh dan rambut, dari lelaki-lelaki asing atau ketika pergi keluar rumah. Walaubagaimanapun, dalam hal niqab, banyak ulama masih memperdebatkannya dan kebanyakan ulama berpendapat bahwa memakai niqab tidak wajib. Yang wajib adalah menutup aurat dengan batasan seluruh tubuh kecuali wajah dan telapak tangan. Firman Allah SWT dalam ayat “cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu” dimaksudkan membuat mereka (wanita) lebih bisa dikenali dan dibezakan sebagai perempuan merdeka serta tidak diganggu atau disakiti oleh orang-orang fasik. Menurut As-Suddi, dahulunya orang-orang fasik penduduk Madinah keluar di waktu malam di saat kegelapan malam di jalan-jalan Madinah. Lalu, mereka mencari wanita-wanita. Rumah-rumah penduduk Madinah dahulu sangat sempit. Jika waktu malam tiba, wanita-wanita itu keluar ke jalan-jalan untuk menunaikan hajat mereka. Lalu orang-orang fasik itu mencari-cari mereka. Jika mereka melihat wanita-wanita memakai jilbab, mereka berkata: “Ini wanita merdeka, tahanlah diri dari mereka. "Dan jika mereka melihat wanita yang tidak memakai jilbab, mereka berkata: "Ini adalah budak wanita." Maka mereka menggodanya Mujahid menjelaskan, makna ayat ini adalah hendaklah perempuan beriman memakai jilbab agar dikenal bahwa mereka adalah wanita-wanita merdeka sehingga tidak ada seorang fasik pun yang mengganggunya atau melakukan perbuatan tidak terhormat kepadanya. Secara ringkasnya, syarak telah menggariskan golongan-golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu:
Pakaian Melambangkan Peribadi Mengapa pemakaian seseorang itu penting? Kerana ia boleh menggambarkan ketakwaan pemakainya. Maka sudah tentu pemakaian yang menggambarkan ketakwaan ialah pemakaian yang mengikut cara Islam yang menutupi aurat, tidak mengundang fitnah, dan mampu menjaga tubuh badan daripada sebarang kebinasaan. Secara asasnya, Islam tidak menolak sebarang bentuk urusan atau sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kecantikan. Bahkan Islam sendiri menitik beratkan setiap perkara agar dilakukan dengan cantik, dalam keadaan yang baik dan elok, serta menjaga kebersihan. Kreativiti dalam pemakaian adalah terserah kepada individu tersebut mengikut kesesuaian tempat dan masanya selagi mana ia tidak melanggar batasan syarak. Oleh sebab itu, syarak telah menyediakan beberapa garis panduan berpakaian yang bersesuaian dengan wanita Islam, seperti yang berikut:
Dan kini timbul pula persoalan, adakah pemakaian moden wanita-wanita Islam hari ini MENGIKUT apa yang DIPERINTAHKAN oleh Allah SWT di dalam al Quran, atau sebaliknya? To be continued… -Edited by Beyond.Dunia Rujukan
0 Comments
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Nabi SAW telah bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA yang berbunyi: Jika (seorang lelaki) datang (untuk meminang anak perempuan kamu) dan kamu berpuas hati dengan agamanya serta akhlaknya, nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu tidak kamu lakukan maka akan terjadi fitnah di (muka) bumi. Hadis tersebut telah meletakkan ASAS pertama yang kuat, dasar yang kukuh, serta prinsip yang sihat dan kaedah yang tepat dalam memilih suami. Rasulullah SAW menyeru supaya dalam hal memilih suami hendaklah lebih mendahulukan soal agama dan akhlaknya daripada hal-hal lainnya. Baginda SAW menekankan supaya kita meneliti dua hal tersebut ketika ingin memilih calon yang sesuai. Calon suami yang memiliki ciri-ciri ini diharapkan dapat melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga dengan sebaik-baiknya, memelihara hak-hak dan kehormatan ahli keluarga; mendidik isteri dan anak-anak serta menafkahi mereka sewajarnya. Menolak calon suami yang mempunyai kebaikan dalam agama dan akhlaknya akan menimbulkan fitnah dan kerosakan yang luas di kalangan masyarakat. Lebih malang lagi, kerosakan tersebut mungkin menghancurkan nasib wanita yang solehah jika dia diserahkan sebagai isteri kepada seorang lelaki yang fasik dan derhaka. Dibimbangi wanita yang pada mulanya berperibadi mulia, akhirnya lalai dan terseret jauh dibawa oleh kesesatan suaminya sendiri. Apabila seorang wanita itu dikahwinkan dengan seorang lelaki, maka dia akan mengikut suaminya. Sekiranya lelaki yang dikahwininya baik, maka baiklah dia. Jika sebaliknya, maka akan hancur dan musnahlah kehidupannya. Al-Tahtawi (2005) menyatakan bahawa menjadi tanggungjawab seorang wali untuk memilih calon suami anak perempuannya seorang yang beragama dan berakhlak. Jika wali tersebut menikahkan anaknya dengan seorang yang fasik atau peminum arak, maka dia telah melanggar perintah agama dan mengundang kemurkaan Allah SWT. Diriwayatkan dalam sebuah kisah, seorang lelaki datang menemui Hasan bin Ali RA (cucu Rasulullah S.A.W) untuk meminta nasihat: Dia berkata, “Anak perempuanku dipinang oleh beberapa orang lelaki. Lelaki yang bagaimanakah yang layak dikahwinkan dengan puteriku?” Lalu Hasan bin Ali RA menjawab, “Kahwinkanlah dia dengan lelaki yang bertaqwa kepada Allah, kerana jika dia menyukai isterinya dia pasti mengasihinya, tetapi jika dia tidak menyukai isterinya pasti dia tidak akan berlaku zalim terhadapnya (tetap menghormati isterinya), kerana dia takut terhadap Allah.” Jadi, bagaimanakah cara yang mudah untuk para wanita ‘screen’ calon suami menggunakan apa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW? 1. Teliti Agamanya “Adakah dia meninggalkan solat 5 waktu?” Jika ya, maka JANGAN TERUSKAN! sebab dia tidak melepasi syarat utama yang diajarkan dalam Islam. Ini kerana, seorang suami WAJIB membimbing isterinya dengan mengajar ciri-ciri wanita Islam, hal-hal ibadah, akhlak, serta tanggungjawab-tanggungjawab sebagai seorang isteri tanpa melupakan tanggungjawab terhadap dirinya sendiri. Sekiranya dia sendiri sudah tidak menegakkan kewajipan utama sebagai seorang Muslim, bagaimana mungkin dia meluruskan kehidupan orang lain ? Yang membezakan seseorang Islam dengan syirik dan kafir itu ialah meninggalkan solat. Perkara pertama yang akan dihisab pada diri seseorang pada orang hari akhirat daripada sekalian amalnya ialah solatnya. Jika solatnya benar (sempurna), maka jika baik solatnya maka dia akan berjaya dan menang, dan jika solatnya kurang (iaitu tidak benar) maka dia akan rugi dan menyesal. Sesiapa yang menjaga solatnya, maka solatnya itu akan menjadi cahaya baginya, dan bukti serta penyelamat pada hari kiamat. Dan sesiapa yang tidak menjaga solatnya maka tiadalah baginya mendapat cahaya, bukti dan keselamatan pada hari kiamat, malah pada hari itu dia akan (dibangkitkan) bersama-sama dengan Firaun, Qarun, Haman, dan Ubai bin Khalaf. Orang yang tidak solat mengundang murka Allah. Jika Allah sudah murka, bagaimanakah rahmat dan keberkatan hidup berumah tangga akan dikecapi? Yang pastinya, ketenangan serta kebahagiaan hidup berkeluarga tidak akan dinikmati. Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menjelaskan bahawa bila wujudnya ‘habluminallah’, maknanya tak wujud lagi ‘hablumminasyaitan’ (iaitu hubungan yang terbina antara manusia dengan syaitan) kerana sifat syaitan itu adalah memisahkan suami isteri. Kegagalan menjaga rukun Islam kedua iaitu menunaikan solat 5 waktu akan mewujudkan ‘habluminassyaitan’ dalam rumah tangga. Justeru, mudahlah bagi syaitan untuk merosak keamanan rumah tangga lalu memisahkan keduanya. Setelah itu lihat, “Ada atau tidak amalan-amalan sunnah yang sudah jadi kebiasaannya?” Ini kerana, calon suami yang mampu mengerjakan amalan-amalan sunnah, menunjukkan bahawa solat wajibnya tidak pernah terabai. Perhatikan juga dengan teliti, “Adakah dia menjaga aurat?” Ini kerana, aurat adalah kehormatan diri bagi seseorang yang WAJIB dijaga dan dipelihara sepanjang masa. Menjadi satu kewajipan bagi seorang umat Islam menutup auratnya dalam apa jua keadaan. Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). Orang lelaki tidak boleh memandang kepada aurat lelaki dan perempuan tidak boleh melihat kepada aurat orang perempuan. Tidak boleh dua orang lelaki berada (tidur) dalam satu selimut tanpa pakaian dan begitu juga dengan wanita, mereka dilarang berbuat demikian. 2. Teliti Akhlaknya “Bagaimana dia melayani dan bergaul dengan ahli keluarganya?”, “Apakah emosinya stabil?”, atau “Adakah dia mudah marah?” Ini kerana, calon suami yang memiliki emosi yang stabil menunjukkan tanda kematangan jiwa, kedewasaan, dan kesedian diri untuk menjadi pemimpin keluarga. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak untuk aku berbuat baik kepadanya?” Maka Rasulullah SAW menjawab: “Ibu kamu (adalah manusia yang paling berhak untuk kamu berbuat baik kepadanya), kemudian ibu kamu, kemudian ibu kamu, kemudian bapa kamu.” Penghuni syurga itu (iaitu orang-orang yang bertakwa) adalah… orang yang suka menahan marahnya (emosinya), suka memaafkan orang lain, Allah cinta kepada orang-orang yang suka berbuat kebaikan. Dari Anas RA berkata: “Shafiyyah mendengar bahawa Hafshah berkata Shafiyyah itu anak Yahudi. Maka menangislah dia. Lantas Rasulullah SAW menghampiri Shafiyyah yang masih dalam tangisannya. Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya di antara mereka. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya. Aku ingatkan kepada kalian tentang hak dua orang yang lemah iaitu anak yatim dan perempuan. Banyak perempuan menemui isteri-isteri Muhammad untuk mengadukan perlakuan suami mereka. Suami-suami seperti itu bukanlah orang-orang terbaik. Barang siapa beriman kepada Allah SWT dan hari akhir, hendaklah ia tidak mengganggu tetangganya. Jagalah pesanku tentang kaum perempuan agar mereka diperlakukan dengan baik. Sebab mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok. Tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas. Jika engkau berusaha meluruskannya, tulang itu akan patah. Jika engkau membiarkannya, tulang itu tetap bengkok. Oleh kerana itu jagalah pesanku tentang kaum perempuan agar mereka diperlakukan dengan baik. Seterusnya, amati sisi kepimpinannya (juga meliputi prinsip dan cara pemikirannya dalam membuat keputusan). “Bagaimana dia menghadapi masalah/membuat keputusan?” Ini kerana, amanah kepimpinan akan ditanya. Sebagaimana yang diingatkan oleh Rasulullah SAW. Lelaki (suami) adalah pemimpin bagi keluarganya dan kelak ia akan ditanya (dimintai pertanggungjawaban) tentang mereka. Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. Dalam institusi kekeluargaan, menyatukan dan membangunkan keluarga dengan matlamat yang jelas di jalan yang diredhai Allah itu sangat penting kerana di situlah kita akan mengelola pendidikan dunia dan akhirat kepada anak-anak, iaitu saham akhirat kita. Kemudian, perhatikan “Bagaimana caranya menguruskan duit?”, “Adakah dia menghabiskan duit untuk hobi dan kesukaannya?”, “Adakah dia BOROS?”, “Adakah dia terlalu berkira/KEDEKUT?” atau “Adakah dia suka berhutang?”. Ini kerana, Islam melarang dan menegah umatnya daripada membazir kerana membazir merupakan satu tabiat buruk manusia yang sering terjadi apabila mereka dikurniakan rezeki atau nikmat yang banyak dan melimpah ruah. Sesungguhnya orang yang membazir adalah saudara syaitan dan syaitan amat suka kepada orang yang boros dan berbelanja mengikut hawa nafsu. Seseorang yang pandai mengurus wang sudah pastinya mengamalkan cara perbelanjaan yang bijak, sederhana, dan terancang mengikut keutamaan dan keperluan serta menghindari gaya hidup mewah dan boros, disamping menabung (membuat simpanan) untuk masa depannya. Sesungguhnya orang-orang yang membazir membelanjakan harta kepada pada jalan yang menyalahi syarak itu ialah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat kufur kepada Tuhannya. Dan mereka yang apabila membelanjakan harta, mereka tidak berlebih-lebihan dan tidak juga bakhil kedekut dan sebaliknya perbelanjaan mereka itu adalah sederhana di antara kedua-duanya. “… Dan kewajiban ayah menanggung nafkah dan pakaian mereka dengan cara yang patut. Seseorang tidak dibebani lebih dari kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita karena anaknya dan jangan pula seorang ayah (menderita) kerana anaknya…” Berimanlah kepada Allah dan rasulNya, dan belanjakanlah pada jalan Allah sebahagian daripada harta kurniaanNya yang dijadikannya kamu sebagai penguasaNya. Maka orang-orang yang beriman antara kamu dan membelanjakan sebahagian daripada harta itu pada jalan Allah, mereka beroleh pahala yang besar. Islam tidak melarang seorang perempuan untuk menikahi lelaki yang berharta dan berpangkat tinggi, namun islam memberikan skala ‘priority’ dalam memilihnya. Kriteria seorang suami yang baik ialah mereka yang beragama dan berakhlak mulia dan dua sifat inilah yang sebenarnya menentukan KEKUFUAN pasangan suami isteri itu. Sekufu atau kafa’ah dalam bahasa arab merujuk kepada PERSAMAAN di antara suami isteri daripada aspek KEADAAN HIDUP. Menurut al-Zuhayli (1985) dan Sayyid Sabiq (1990), sekufu antara suami isteri dari aspek sosial bertujuan memastikan keamanan dan kebahagiaan rumah tangga. Sekufu juga perlu sebagai jaminan keselamatan bagi perempuan daripada kegagalan serta kepincangan dalam rumah tangga. Jumhur ulama berpendapat aspek agama, keturunan, merdeka (bukan hamba) dan pekerjaan termasuk dalam skop sekufu. Mazhab Hanafi dan Hambali pula menambah aspek HARTA. Manakala, mazhab Maliki menyatakan sekufu itu merangkumi aspek agama dan tiada kecacatan tubuh badan sahaja. Justeru, kriteria sekufu perlu diambil kira sebagai jaminan kebahagian alam perkahwinan dan seterusnya. Kesimpulannya, terdidiknya seorang isteri adalah apabila solehnya seorang suami. Mencari yang soleh itu PENTING kerana seorang suamilah yang akan membimbing isterinya.
-Edited by Beyond.Dunia RUJUKAN https://www.ziyad.web.id/2014/04/cara-memilih-calon-suami-menurut-hadis.html http://bhalaqah.blogspot.com/2010/11/lelaki-yang-bagaimana-untuk-jadi-calon.html https://www.islamituindah.my/ciri-ciri-suami-soleh-menurut-islam/ https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3281-al-kafi-1203-mengapakah-didahulukan-berbuat-baik-kepada-ibu-sebanyak-tiga-kali https://akumuslim.asia/aurat-lelaki-dan-aurat-perempuan-dalam-islam/ https://muftiwp.gov.my/en/artikel/tahqiq-al-masail/2238-tahqiq-al-masa-il-siri-ke-1-hukum-qadha-bagi-seseorang-yang-meninggalkan-solat-dengan-sengaja https://www.astroawani.com/berita-malaysia/abaikan-solat-punca-suami-isteri-bercerai-211911 https://harakahdaily.net/index.php/2020/11/29/lemahnya-iman-penyebab-hancurnya-rumah-tangga/ https://www.orami.co.id/magazine/menghadapi-suami-pelit-menurut-islam http://www.kheu.gov.bn/Lists/Khutbah/NewDisplayItem.aspx?ID=783 https://www.facebook.com/1428143590768973/photos/a.1428149667435032/1438589713057694/?type=3&_rdr Tarmudi, Z., Tarmuji, R., & Abd Malik, N. A. (2014). Pemilihan Pasangan Hidup Bercirikan Nilai-Nilai Islam: Pendekatan Kabur. Malaysian Journal Of Mathematical Sciences, 8(1), 139-155. https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/3874-irsyad-al-fatwa-siri-ke-342-adakah-disyaratkan-bermimpi-sebagai-jawapan-istikharah https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2768-irsyad-al-fatwa-siri-ke-269-hukum-andartu-bertemu-bomoh-untuk-mendapatkan-jodoh https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2768-irsyad-al-fatwa-siri-ke-269-hukum-andartu-bertemu-bomoh-untuk-mendapatkan-jodoh https://www.suara.com/news/2021/11/15/122253/pengertian-taaruf-hukum-dan-tata-cara-dalam-ajaran-agama-islam https://wolipop.detik.com/wedding-news/d-4813199/tata-cara-taaruf-sesuai-syariah-islam. https://www.inews.id/lifestyle/muslim/tata-cara-taaruf/2. https://www.popbela.com/relationship/married/windari-subangkit/arti-khitbah-dan-tata-caranya-menurut-islam/10 https://www.gramedia.com/literasi/khitbah/#Hal_yang_diperhatikan_sebelum_khitbah https://dalamislam.com/hukum-islam/pernikahan/cara-taaruf-yang-benar http://www.rumahtaaruf.com/2015/03/jawaban-shalat-istikharah-apakah-harus.html https://letstalkaboutmarriagesite.wordpress.com/2017/06/15/proses-mumakahat-all-about-istikharah-taaruf-sampai-pernikahan-syari/ https://www.islampos.com/saat-memilih-pasangan-kenapa-mesti-shalat-istikharah-40528/ https://akumuslim.asia/doa-dipermudahkan-urusan-yang-anda-perlu-tahu/ https://www.surah.my/ https://www.suara.com/news/2021/09/04/181043/5-amalan-zikir-untuk-memudahkan-urusan Tutup aurat sempurna (hmetro.com.my) Dua Jenis Khitbah dalam Islam | Bincang Syariah Tanda kiamat: Zina bermaharajalela (hmetro.com.my السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Mencari pasangan hidup bukanlah semudah seperti membeli belah di pasar raya. Sudah tentunya setiap orang menginginkan pasangan yang terbaik dalam hidup mereka. Oleh sebab itu, Islam telah menggariskan kriteria utama yang perlu diteliti dalam pemilihan calon isteri/suami dalam Islam. Islam mengajarkan bahawa, ‘Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya, maka pilihlah wanita yang taat beragama, nescaya engkau beruntung’ Hadis di atas meletakkan wanita yang solehah sebagai asas utama pemilihan seorang isteri disamping kecantikan rupa paras, keturunan, dan kekayaannya. Imam Nawawi menyebut hadis ini menerangkan kepada kita bahawa kebiasaan adat seseorang apabila ingin menikahi wanita, terdapat empat perkara yang menjadi kayu pengukur dan Rasulullah SAW menyuruh agar dilihat pada agamanya kerana ianya menguntungkan seseorang di dunia dan akhirat (Kitab Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim). Perkara ini juga disebut oleh Imam al-Son’ani bahawa Nabi SAW memerintahkan para pemuda sekiranya mereka menjumpai perempuan yang baik agamanya, maka janganlah mereka berpaling untuk mengubah pilihan kepada perempuan lain (Kitab Subul al-Salam). Justeru, sesolehah manakah ukuran yang patut kita letakkan ketika memilih? 1. Taat kepada Allah dan RasulNya Ini adalah kriteria utama yang dituntut ketika memilih pasangan. Maka dalam memilih pasangan hidup seharusnya calon isteri mesti memenuhi syarat utama ini, bertepatan dengan firman Allah SWT: Sesungguhnya yang paling mulia di antara kalian adalah yang paling bertaqwa. Taqwa adalah menjaga diri dari azab Allah SWT dengan menjalankan perintahNya dan menjauhi kemungkaran. Oleh itu, seorang muslim hendaklah berjuang untuk mendapatkan pasangan yang paling mulia di sisi Allah, iaitu seorang yang taat pada agama. Memilih pasangan hidup yang memiliki pemahaman yang baik tentang agama lebih utama dari yang hanya TAHU AGAMA. Sebab salah satu tanda orang yang diberi kebaikan oleh Allah adalah memiliki pemahaman agama yang baik. Rasulullah SAW bersabda: Orang yang dikehendaki oleh Allah untuk mendapat kebaikan akan difahamkan terhadap ilmu agama. Orang yang pandai adalah orang yang sentiasa bermuhasabah dirinya dan beramal untuk kehidupan selepas kematian. Dan janganlah kamu nikahi wanita-wanita musyrik sebelum mereka beriman. Sesungguhnya wanita budak yang mukmin lebih baik dari wanita musyrik, walaupun ia menarik hatimu. 2. Berakhlak Baik Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga). Terdapat beberapa sub-kriteria berakhlak baik yang diperincikan antaranya sikap taat, pandai menyimpan rahsia, berpendirian teguh, serta pandai berterima kasih dan bersyukur. a. Sikap Taat Lelaki-lelaki (suami) itu pelindung bagi perempuan (isteri), kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki-lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana mereka (lelaki-lelaki) telah memberikan nafkah dari hartanya. Maka perempuan-perempuan yang soleh adalah mereka yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika (suaminya) tidak ada, kerana Allah telah menjaga (mereka). Perempuan-perempuan yang kamu khawatirkan akan nusyuz, hendaklah kamu beri nasihat kepada mereka, tinggalkanlah mereka di tempat tidur (pisah ranjang), dan (kalau perlu) pukullah mereka. Tetapi jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari alasan untuk menyusahkannya. Sungguh, Allah Maha Tinggi, Maha Besar. Mentaati seorang suami sudah menjadi tanggungjawab terpenting seorang isteri. Apabila wanita sudah berkahwin, maka suaminya lebih berhak daripada ayahnya, isteri lebih wajib mentaati suami daripada ayahnya. Seandainya aku menyuruh orang agar sujud kepada orang, tentu aku menyuruh isteri agar sujud kepada suaminya. Mana-mana isteri yang taat kepada suaminya dimanapun dia berada dan di dalam situasi apapun, digelar isteri solehah. Namun, ketaatan seorang isteri haruslah dalam perkara kebaikan dan TIDAK merosakkan akidah dan agamanya. Sekiranya suami meminta isterinya melakukan kemungkaran hingga melanggar syariat, keengganan mematuhi arahan berkenaan sudah lagi tidak dianggap enggan mentaati suami. Sesungguhnya, mana-mana wanita yang sentiasa melakukan segala suruhan agama dan meninggalkan setiap larangan Allah pasti akan ditempatkan dalam kelompok wanita yang dirahmati dan diberkati. Rasulullah SAW bersabda: Mahukah aku beritahu kepada kamu tentang isteri-isteri kamu yang termasuk dalam penghuni syurga? Iaitu wanita yang mencintai suami, mempunyai anak yang ramai dan selalu meminta maaf kepada suaminya. Sekiranya dia menyakiti ataupun disakiti, dia segera berjumpa suaminya dan memegang tangannya lalu berkata, 'Demi Allah, aku tidak akan tidur sebelum engkau reda kepadaku' Apabila seorang isteri menjaga solatnya, puasa (Ramadhan)nya, menjaga kehormatannya, dan taat pada suaminya, maka dikatakan kepada wanita tersebut, masuklah engkau ke Syurga dari pintu mana pun yang engkau sukai. Wanita mana saja yang mati, lantas suaminya redha atasnya, maka dia akan masuk syurga. b. Pandai Menyimpan Rahsia Isteri merupakan tempat tertumpahnya perasaan dan keluh kesah suami. Sebaiknya, seorang lelaki wajar melihat apakah calon isterinya seorang wanita yang gemar bercerita dan membuka rahsia orang atau seorang pasangan yang sentiasa menjaga mulutnya dari berkata yang tidak bermanfaat. Ini kerana, seorang isteri yang baik hendaklah menjaga rahsia dan masalah-masalah suaminya serta tidak mudah menceritakan kepada sesiapapun tentang keperibadian suaminya. Sekalipun ingin berbuat demikian, maka sampaikanlah perkara yang baik-baik sahaja. Seeloknya, hindarilah wanita yang suka mengumpat atau membuka aibnya sendiri/keluarga sendiri, kerana dibimbangi sikap buruk tersebut akan mencetuskan masalah dalam rumah tangga di masa akan datang. c. Berpendirian Teguh Berpendirian teguh disini bukanlah merujuk kepada wanita yang bersikap tegas, tidak mahu beralah, degil, atau ego di dalam kerjaya atau hubungan. Namun, konteksnya merujuk kepada keteguhan sikap seorang wanita dalam menghadapi dugaan dan bencana rumahtangga (tidak termasuk dalam hal-hal penderaan ke atas isteri/anak-anak sehingga mengakibatkan kecederaan fizikal). Ketika rumah tangga mengalami dugaan berat, wanita yang berpendirian teguh yang tidak akan mendorong suaminya untuk melakukan dosa ketika menghadapi kesukaran tersebut. Sebaliknya, dialah yang berusaha mengajak suaminya untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT. Justeru, seorang lelaki wajar melihat apakah calon isterinya bersikap degil tetapi sebenarnya lemah, ataupun bersikap tabah dan mengembalikan segala urusan/masalah tersebut kepada Allah? d. Pandai Berterima Kasih & Sentiasa Bersyukur Perkataan ‘terima kasih’ merupakan perkataan keramat yang mengandungi perasaan syukur kepada Allah SWT dan hormat kepada pasangan kita. Rasulullah SAW bersabda: Siapa yang tidak pandai bersyukur kepada manusia, bererti dia belum bersyukur kepada Allah. Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya. Sedangkan orang-orang yang sentiasa mengungkap rasa syukur telah dijanjikan Allah SWT akan pertambahan nikmatNya ke atas mereka. Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat.” Wanita yang pandai berterima kasih terhadap suaminya bermaksud isteri tersebut memahami tentang keadaan dan kemampuan suaminya. Kebanyakkan wanita di akhir zaman ini, MUDAH mengungkapkan rungutan dan kata-kata yang menyakiti hati suami mereka. Tidak kurang juga yang mendorong suami mereka untuk membuat sesuatu yang haram hanya untuk memperolehi kemewahan dan kesenangan hidup seperti orang lain. Selain itu, ada juga yang meminta-minta terhadap perkara-perkara membebankan dan di luar kemampuan suami. Rasulullah SAW telah bersabda: Dan aku melihat neraka, maka, tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali. Aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW pernah menerangkan satu amalan yang dapat menyelamatkan kaum wanita dari azab Neraka. Ketika Baginda SAW selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertaqwa kepada Allah SWT dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda SAW pun bangkit mendatangi kaum wanita, menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian Baginda SAW bersabda : ‘Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Jahanam!’ Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, diapun bertanya : ‘Mengapa demikian, wahai Rasulullah?’ Baginda SAW menjawab : ‘Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu kufur terhadap suami!’ Justeru, lelaki wajar melihat tanda-tanda jika calon isterinya memiliki sikap seseorang yang sentiasa bersyukur atau sebaliknya. Sikap seseorang yang selalu bersyukur ialah selalu tersenyum serta tidak mudah berkeluh kesah apabila Allah SWT berkehendak yang tidak sesuai dengan keinginannya. Ini kerana individu yang mudah mengeluh menandakan bahawa dia sedang menentang Allah, iaitu seolah-olah memberontak atau marah atas takdir yang telah ditentukanNya. 3. Memiliki Kekayaan Adapun jika calon isteri tersebut memiliki kekayaan dan beragama sudah pastinya itu juga menguntungkan kerana dia akan menggunakan hartanya ke arah jalan kebaikan khususnya ke jalan agama berbanding calon isteri yang hanya memiliki kekayaan namun tidak solehah. Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui. Jika seorang wanita (isteri) berinfaq dari makanan rumahnya dan bukan bermaksud menimbulkan kerosakan maka baginya pahala dan bagi suaminya (pahala) dari yang diusahakannya dan juga bagi seorang penjaga harta/ bendahara akan mendapatkan pahala seperti itu. 4. Memiliki Kesuburan (Keturunan) Begitulah juga dengan calon isteri yang memiliki keturunan. Rasulullah SAW menganjurkan kita untuk memilih calon isteri yang subur seperti sabdanya: Sesungguhnya aku telah bertemu dengan seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan cantik tetapi dia seorang yang tidak boleh melahirkan anak. Maka, apakah aku boleh menikahinya? Rasulullah SAW menjawab: ‘Jangan’ Apatah lagi jika wanita tersebut juga memiliki peribadi yang solehah. Bukankah gabungan tersebut sangat penting bagi pembangunan dan pendidikan anak-anak yang sememangnya harus dididik dan dibesarkan dalam acuan agama islam yang betul? Setiap kalian adalah pemimpin, dan setiap pemimpin akan dimintai pertanggung jawaban atas yang dipimpinnya. Imam adalah pemimpin yang akan diminta pertanggung jawaban atas rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin dan akan dimintai pertanggung jawaban atas keluarganya. Seorang isteri adalah pemimpin di dalam urusan rumah tangga suaminya, dan akan dimintai pertanggung jawaban atas urusan rumah tangga tersebut. Seorang pembantu adalah pemimpin dalam urusan harta tuannya, dan akan diminta pertanggung jawaban atas urusan tanggung jawabnya tersebut. 5. Memiliki Kecantikan Suatu ketika Nabi Muhammad SAW ditanya oleh para sahabat mengenai ciri wanita idaman yang diperlukan oleh seorang suami, Baginda SAW menjawab: Dalam hadis lain, Rasulullah SAW juga bersabda yang maksudnya: Sebaik-baik wanita ialah sesiapa yang dapat menggembirakanmu apabila dilihat, mentaatimu apabila disuruh dan menjaga dirinya serta hartamu apabila kamu tiada. Walaubagaimanapun, Rasulullah SAW juga telah memberi amaran dalam sabdaanya: Janganlah kamu kahwini wanita kerana kecantikan mereka, kerana kemungkinan kecantikan itu akan menghancurkan mereka sendiri. Dan janganlah kamu kahwini kerana harta mereka, kerana mungkin harta itu menyebabkan mereka derhaka. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama. Sesungguhnya hamba yang berkulit hitam, tetapi beragama adalah lebih baik. Mengapa kita diingatkan dengan sedemikian rupa? Ini kerana, kecantikan seseorang wanita yang tidak disertai dengan akhlak baik, tidak menepati ciri-ciri wanita solehah. Hasil perkahwinan yang dilangsungkan atas dasar kecantikan paras rupa semata-mata berkemungkinan tidak mendatangkan kebahagiaan dan kegembiraan. Lagipun, dalam Islam kecantikan tidak hanya bermaksud kepada keelokan paras rupa malah meliputi akhlaknya iaitu budi pekertinya, cara bercakap, adabnya, dan keupayaannya menjaga maruah diri dari fitnah. Ini kerana, ramai sahaja wanita memiliki agama yang baik tapi berakhlak buruk. TAHU agama sahaja TIDAK CUKUP. Oleh itu, carilah wanita yang berakhlak mulia dan bersedia untuk belajar meningkatkan pengetahuan agama dari semasa ke semasa. Selain itu, kebersihan diri juga perlu dinilai kerana ramai juga wanita yang cantik tetapi sebenarnya PENGOTOR dan suka menyepah. Itulah faktor-faktor yang patut diperhatikan dalam konteks kecantikan seorang wanita ketika kita memilih calon isteri. Haruslah difahami bahawa, Islam tidak melarang manusia untuk mengutamakan faktor kecantikan, keturunan, ataupun harta. Sebaliknya, ia bermaksud bahawa sekiranya ciri-ciri tertentu sahaja yang ada pada seseorang perempuan, maka pemilihan berdasarkan AGAMA adalah yang PALING BAIK. Seandainya kesemua ciri-ciri ini ada, maka itulah wanita yang paling baik untuk dijadikan pasangan (Kitab al-Fiqh al-Manhaji). Bayangkan, sekiranya wanita tersebut adalah wanita solehah yang memiliki kecantikan, bukankah dia lebih memahami landasan baginya memanfaatkan kecantikannya agar sentiasa diredhai Allah dan suaminya? Isteri yang solehah akan mendapatkan pahala dalam berpakaian cantik dan berdandan untuk suami berbeza dengan isteri di zaman moden yang bersolek kemudian ditunjukkan di hadapan umum, hanyalah keperibadian yang dicela. Tidak diizinkan bersolek di luar rumah bukan bermaksud seorang isteri tidak boleh berpakaian rapi dan bersih ketika di luar rumah. Seorang muslim haruslah berpakaian rapi dan bersih di hadapan sesiapapun. Akan tetapi, kita harus membezakan antara bersolek dengan berpakaian rapi dan bersih. Ini kerana, ketika bersolek, sudah ada niat untuk memberikan layanan (ataupun menunjukkan kecantikan) kepada seseorang sedangkan berpakaian rapi dan bersih, tidak. Oleh sebab itu, perkara bersolek/berhias ini hanya dibolehkan ke atas suami. Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara lelaki-lelaki mereka, atau putra-putra saudara lelaki-lelaki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau para perempuan (sesama Islam) mereka, atau hamba sahaya yang mereka miliki, atau para pelayan lelaki-lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertobatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, agar kamu beruntung. Disebabkan itulah pentingnya memilih calon isteri dengan mendahulukan kriteria agamanya berbanding yang lain, kerana… Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. Empat perkara yang mendatangkan kebahagiaan: Isteri solehah, rumah yang luas, kejiranan yang baik, kenderaan yang selesa. Kesimpulannya, mencari wanita solehah itu bukanlah perkara yang mudah. Ia diibaratkan seperti mencari sebutir permata di celahan pasir. Kerlipannya seakan sama tapi sukar dibezakan yang mana asli dan yang mana palsu. Oleh sebab itu, Islam menyediakan panduan untuk membuat pilihan yang sesuai dengan syarak, agar kita tidak mudah terpedaya dengan kilauan yang palsu. Lalu, bagaimanakah pula panduan untuk menilai calon suami? -To be continued… -Edited by beyond.dunia RUJUKAN https://www.ikim.gov.my/index.php/2021/06/20/kriteria-mencari-jodoh/ https://tzkrh.com/maksud-sebenar-hadis-wanita-dinikahi-kerana-empat-perkara/ https://www.muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3270-al-kafi-1192-ciri-ciri-wanita-solehah-dan-kelebihannya https://tzkrh.com/dinikahi-wanita-solehah-kerana-4-perkara-ini/ https://baitulmuslim.com/artikel-perkahwinan/kriteria-memilih-pasangan-mengikut-syariat-islam-482902 https://muslim.okezone.com/read/2021/12/23/616/2521508/4-kriteria-memilih-pasangan-hidup-menurut-rasulullah https://www.hmetro.com.my/addin/2019/04/446693/amanah-suami https://amenudden.wordpress.com/2015/03/09/bab-berbuat-baik-pada-isteri-perintah-allah-dan-sunnah-rasulullah-saw/ https://lingkarkediri.pikiran-rakyat.com/khazanah/pr-67944482/syarat-memilih-pasangan-dalam-agama-islam https://www.republika.co.id/berita/qny3r8320/3-pesan-terbaik-rasulullah-saw-untuk-suami-kepada-istri https://harakahdaily.net/index.php/2021/03/18/isteri-rumah-jiran-dan-kenderaan/ http://076115islam.blogspot.com/2009/04/wanita-solehah-sebagai-isteri.html https://id.theasianparent.com/tanda-istri-tidak-bersyukur https://www.orami.co.id/magazine/tanda-istri-kurang-bersyukur http://masauntukislam.blogspot.com/2016/11/9-hikmah-isteri-taat-kepada-suami-yang.html https://www.iium.edu.my/kkk/pdf_tazkirah/Sebab%20Apa%20Wanita%20Ramai%20Masuk%20NERAKA.pdf https://www.sinarharian.com.my/article/30432/LIFESTYLE/Sinar-Islam/Apakah-ciri-calon-wanita-syurga https://www.bharian.com.my/wanita/keluarga/2019/10/618110/taat-suami-selagi-tidak-melanggar-syarak-bahayakan-nyawa https://www.mywilayah.com/2021/04/6-ciri-isteri-solehah.html Tarmudi, Z., Tarmuji, R., & Abd Malik, N. A. (2014). Pemilihan Pasangan Hidup Bercirikan Nilai-Nilai Islam: Pendekatan Kabur. Malaysian Journal Of Mathematical Sciences, 8(1), 139-155. https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/3874-irsyad-al-fatwa-siri-ke-342-adakah-disyaratkan-bermimpi-sebagai-jawapan-istikharah https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2768-irsyad-al-fatwa-siri-ke-269-hukum-andartu-bertemu-bomoh-untuk-mendapatkan-jodoh https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2768-irsyad-al-fatwa-siri-ke-269-hukum-andartu-bertemu-bomoh-untuk-mendapatkan-jodoh https://www.suara.com/news/2021/11/15/122253/pengertian-taaruf-hukum-dan-tata-cara-dalam-ajaran-agama-islam https://wolipop.detik.com/wedding-news/d-4813199/tata-cara-taaruf-sesuai-syariah-islam. https://www.inews.id/lifestyle/muslim/tata-cara-taaruf/2. https://www.popbela.com/relationship/married/windari-subangkit/arti-khitbah-dan-tata-caranya-menurut-islam/10 https://www.gramedia.com/literasi/khitbah/#Hal_yang_diperhatikan_sebelum_khitbah https://dalamislam.com/hukum-islam/pernikahan/cara-taaruf-yang-benar http://www.rumahtaaruf.com/2015/03/jawaban-shalat-istikharah-apakah-harus.html https://letstalkaboutmarriagesite.wordpress.com/2017/06/15/proses-mumakahat-all-about-istikharah-taaruf-sampai-pernikahan-syari/ https://www.islampos.com/saat-memilih-pasangan-kenapa-mesti-shalat-istikharah-40528/ https://akumuslim.asia/doa-dipermudahkan-urusan-yang-anda-perlu-tahu/ https://www.surah.my/ https://www.suara.com/news/2021/09/04/181043/5-amalan-zikir-untuk-memudahkan-urusan Tutup aurat sempurna (hmetro.com.my) Dua Jenis Khitbah dalam Islam | Bincang Syariah Tanda kiamat: Zina bermaharajalela (hmetro.com.my) السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 1. DALIL TAARUF (UNTUK MENCARI PASANGAN) DALAM ISLAM Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). 2. METODOLOGI TAARUF HINGGA NIKAH DALAM ISLAM Taaruf umumnya dilakukan sebelum khitbah. Khitbah di dalam Islam dikenali sebagai meminang atau lamaran, iaitu menawarkan diri untuk menikah. Dalam syariah, istilah bertunang tidak digunapakai kerana bertunang merupakan istilah adat. Sebaiknya, bentuk yang terdekat dengan syariah Islam ialah khitbah. Khitbah memerlukan kepada jawapan ya atau tidak. Sekiranya yang dikhitbah itu menjawab ‘ya’, maka wanita tersebut digelar ‘makthubah’ iaitu wanita yang telah rasmi dilamar. Dalam Islam, wanita yang telah dikhitbah, tidak boleh di khitbah lelaki lain ataupun menerima lamaran orang lain. Terdapat pelbagai perkara yang betul dititikberatkan sepanjang proses ini dan pastinya kita memerlukan kepada langkah-langkah ‘taaruf to nikah’ yang tepat dan seiring dengan syarak. Ini sangat penting untuk menjaga diri kita daripada terjerumus kepada maksiat sebelum nikah selain mendidik kita untuk bertawakal dan redha dengan segala ketentuan Illahi. a. Persiapkan diri dengan Ilmu Memetik kata Imam al-Ghazali, “Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia-sia” menunjukkan betapa pentingnya untuk kita memahami sesuatu perkara sebelum memulakan/mengamalkannya. Dalam konteks ini, taaruf harus difahami sebagai sebuah proses untuk mengenali antara lelaki dan perempuan menuju pernikahan. Oleh kerana niat keduanya ingin bernikah, maka wajib untuk membekalkan diri dengan ilmu yang cukup tentang hak dan kewajipan sepasang suami isteri, cara-cara mendidik anak, aurat dan pergaulan dengan ahli keluarga, dan sebagainya. Secara asasnya, kita juga harus memahami konsep dan sempadan dalam proses taaruf, khitbah, dan nikah. Ketika proses taaruf, kita dan calon masih mempunyai masa untuk berfikir semula dengan beristikharah kepada Allah tentang urusan taaruf tersebut, disamping meminta nasihat daripada orang tua untuk hal-hal yang berkaitan, dan berdoa sepenuh hati kepada Allah berharap yang terbaik. Sekiranya kita ingin mengundur diri, maka lakukan dengan cara yang terhormat bukan secara biadap. Jangan lupa, setiap orang ada hati dan maruah yang perlu dijaga bukan hanya hati kita. Berbeza pula dengan proses khitbah iaitu pembuka jalan menuju pernikahan. Khitbah menandakan kedua-dua pihak telah memutuskan untuk bernikah dan sudah saling menerima maka, sangat digalakkan untuk menyegerakan urusan pernikahan. Justeru mengapa Islam menasihati kita untuk menyegerakan nikah??? Jawapannya mudah, ini kerana, setelah dikhitbah, hati seseorang akan sangat mudah diisi dengan benih-benih cinta yang dikhuatiri akan membuat kita dan bakal pasangan terjerumus ke dalam dosa zina. Tidak hanya itu, tipu daya syaitan juga berpotensi menggagalkan pernikahan. Maka sebaiknya, segerakanlah menikah sekiranya sudah saling menerima. b. Niat, Meluruskan niat Kita bertaaruf dengan serius kerana ada itikad baik, iaitu ingin menikah. Bukanlah dengan niat seperti ingin mempermainkan orang lain atau dalam istilah moden ‘try’, ataupun kerana berkeinginan mempunyai teman lelaki/wanita di dalam hidup seperti orang lain. Kalian tidak akan beriman sampai kalian menyukai sikap baik untuk saudaranya, sebagaimana dia ingin disikapi baik yang sama. c. Saling Tukar Biodata/Maklumat Diri Ketika taaruf, masing-masing perlu saling menceritakan tentang diri secara bertulis (atau terpulang kepada kaedah teknologi semasa) dan tidak digalakkan bertemu untuk saling bercerita. Tulisan sahaja sudah memadai untuk mewakili lisan. Dalam peringkat ini, tidak semua perihal diri harus diceritakan, memadailah dengan perkara-perkara yang berkaitan untuk pembangunan sebuah keluarga seperti agamanya, pekerjaannya, sifatnya, hobinya, dan keadaan kesihatannya. Sekiranya kita inginkan maklumat tambahan, sebaiknya dirujuk melalui pihak ketiga seperti adik beradik, sepupu, ibu bapa, atau kawan-kawannya. Disinilah kita melihat cantiknya Islam. Itulah cara yang betul melakukan taaruf, iaitu dengan adanya perantara untuk membantu mencari maklumat tambahan mengenai pasangan. Cara taaruf yang dilakukan tanpa perantara akan jauh dari kebersihan hati kerana taaruf berdua boleh mengundang pelbagai keburukan. Justeru, dengan adanya perantara maka dia akan membantu mempertegas proses taaruf yang betul. Tugas perantara bukanlah setakat untuk memperkenalkan calon, memaklumkan perihal calon/biodata, ataupun menyuarakan hasrat menolak/meneruskan taaruf. Akan tetapi, perantara sepatutnya membantu memberikan batas waktu kepada pasangan taaruf, seperti deadline taaruf, memelihara cara taaruf yang betul, dan menasihati masa yang sesuai bertemu orang tua, khitbah, dan seterusnya bernikah. Semuanya akan menjadi jelas dan tidak berlama-lama. Ini sangat berbeza dengan cara taaruf yang dilakukan berdua saja yang melazimi ‘take it easy’ dalam menentukan deadline sehingga boleh mengundang/terjadi maksiat. d. Solat Istikharah Setelah mengetahui biodata calon pasangan, dianjurkan untuk melakukan solat Istikarah untuk mendapatkan jawapan terbaik dari Allah SWT. Istikharah dilakukan untuk memantapkan usaha kemanusiaan tentang perkara diluar pengetahuan kita. Dan Tuhanmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilihnya. Sekali-sekali tidak ada pilihan bagi mereka (apabila Allah telah menentukan). Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan. Dan Tuhanmu mengetahui apa yang disembunyikan dalam dada mereka dan apa yang mereka nyatakan. Dan Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, bagiNyalah segala puji di dunia dan di akhirat, dan bagiNyalah segala penentuan dan hanya kepadaNyalah kami dikembalikan. Perlu diingatkan juga bahawa istikharah dilakukan bukan untuk memilih perkara ketaatan ATAU maksiat, halal ATAU haram, afdhal ATAU kurang afdhal namun sebenarnya untuk memilih dua perkara yang sukar dipilih kerana SAMA kedudukan dan kebaikannya. Haruslah difahami bahawa, TIADA batasan dalam melakukan solat istikharah. Tiada masalah sekiranya kita berterusan menunaikan solat istikharah dua rakaat sepanjang proses taaruf hingga nikah, atau sehingga kita mendapatkan jawapan atas pertanyaan tersebut. Walhal sebenarnya, semakin BANYAK istikharah dilakukan, semakinlah bagus. Setelah beristikharah, janganlah bimbang, kerana Allah SWT akan memberikan taufiq dan hidayah kepada orang yang telah melakukan istikharah untuk melaksanakannya/menyempurnakan urusannya dengan sebaik mungkin. Tidak akan kecewa orang yang istikharah, tidak akan menyesal orang yang bermusyawarah (meminta nasihat), dan tidak akan melarat orang yang hidup sederhana. e. Bertemu Orang Tua Ketika seorang lelaki tertarik kepada seorang perempuan dan telah berhasrat untuk bertaaruf, maka dianjurkan untuk berjumpa kedua orang tua perempuan tersebut dan MENGATAKAN niatnya dengan TULUS untuk serius. Dari Abu Hurairah RA berkata: “Saya pernah di tempat kediaman Nabi, kemudian tiba-tiba ada seorang laki-laki datang memberitahu, bahawa dia akan kahwin dengan seorang perempuan dari Anshar, maka Nabi SAW bertanya: ‘Sudahkah kau lihat dia?’ Ia mengatakan: ‘Belum!’ Kemudian Nabi mengatakan: ‘Pergilah dan lihatlah dia, karena dalam mata orang-orang Anshar itu ada sesuatu’.” Rasulullah SAW juga bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu hendak meminang seorang perempuan, kemudian dia dapat melihat sebahagian apa yang kiranya dapat menarik untuk mengawininya, maka kerjakanlah” f. Tanggungjawab Ketika Taaruf
Rasulullah SAW mengingatkan: “Jangan sampai kalian berdua-duaan dengan seorang wanita (yang bukan mahramnya), keran syaitan adalah orang ketiganya” Sebaiknya, jika kedua-duanya ingin bertemu, diharuskan mengajak keluarga ataupun kawan untuk ke rumah pihak perempuan. Dibolehkan juga mengajak calon (bersama mahramnya) ke tempat yang boleh dikunjungi dengan tujuan untuk mengetahui kecerdikannya, perasaannya, dan kepribadiannya. Semua ini termasuk kata sebahagian yang disebut dalam hadis Nabi SAW (HR Abu Daud di atas) yang mengatakan: “... kemudian dia dapat melihat sebahagian apa yang kiranya dapat menarik dia untuk mengawininya”
Wahai Ali, janganlah kamu ikuti pandangan dengan pandangan (berikutnya) kerana sesungguhnya bagimu pandangan yang pertama (tidak salah jika terlihat perempuan ajnabiyyah umpamanya pada pandangan pertama) dan bukanlah bagimu pandangan yang terakhir (kerana ia berdosa). Aurat lelaki dan hamba sahaya ialah antara pusat dan lutut dan aurat wanita yang merdeka ketika di dalam solat atau ketika terdapat di sekelilingnya orang yang bukan mahram ialah seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan dan (aurat) ketika bersama mahramnya ialah antara pusat hingga ke lutut. Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya. Menutup aurat adalah wajib. g. Mengajukan Lamaran (Khitbah) Dalam syariat Islam, lamaran TIDAK DIAJUKAN kepada perempuan, MELAINKAN kepada ayah kandung sebagai wali dari perempuan yang akan menikahkannya. Terdapat dua cara mengajukan lamaran dalam Islam iaitu secara tashrih atau ta’ridh. Tashrih (تصريح) adalah ungkapan yang jelas dan tegas dengan menggunakan perkataan yang secara pasti menunjukkan keinginan untuk menikah. Contohnya: “Saya melamarmu untuk dijadikan isteriku” ataupun “Aku ingin menikahi dirimu setelah habis masa iddahmu.” Dan janganlah kamu berazam untuk berakad nikah, sebelum habis iddahnya. Manakala Ta’ridh (تعريض) pula adalah penyampaian khitbah yang menggunakan kata sindiran/kiasan sehingga boleh ditafsirkan menjadi khitbah atau bermakna sesuatu yang lain di luar khitbah. Ia juga menunjukkan bahawa secara pasti tidak adanya keinginan kuat untuk bernikah. Contohnya: “Banyak orang yang suka kepadamu.” Seorang perempuan, jika dia bebas dari ikatan pernikahan dan masa iddah, maka boleh melamarnya, baik secara jelas (tashrih) maupun sindiran (ta’ridh). Jika ia masih berstatus sebagai istri seseorang, maka haram melamarnya baik secara tashrih maupun ta’ridh. Sedangkan jika ia dalam masa iddah, maka haram melamarnya dengan tashrih. Adapun melamar secara ta’ridh, jika ia dalam masa iddah karena talak raj’i, maka haram melamarnya secara ta’ridh karena ia masih berstatus sebagai seorang istri. Sedangkan jika ia dalam masa iddah karena ditinggal mati atau yang semakna dengannya seperti talak bain dan fasakh, maka tidak haram melamarnya dengan ta’ridh.
Dari Abdullah bin Amr RA, Rasulullah SAW bersabda, “Semua mahar, pemberian, dan janji sebelum akad nikah itu milik pengantin wanita. Lain halnya dengan pemberian setelah akad nikah, itu semua milik orang yang diberi.” h. Akad Setelah khitbah dilakukan, janganlah menunggu lama untuk melangsungkan akad nikah. Apabila salah seorang dari kalian melamar wanita, maka selagi dia boleh melihat apa yang dapat mendorongnya untuk menikahinya, maka lakukanlah ia. Dari segi pelaksanaan pernikahan pula, cukuplah ia dilakukan semampu dari kedua belah pihak. Diantara keberkahan wanita adalah yang mudah peminangannya dan mudah maharnya. Wanita yang paling bayak berkahnya adalah yang paling murah maharnya. Berdasarkan penjelasan-penjelasan di atas maka dapat disimpulkan, taaruf adalah proses perkenalan manakala khitbah adalah ketika lamaran dibuat. Melalui ruang taaruflah, kita patut mendapatkan sebanyak-banyaknya maklumat tentang calon tersebut dengan cara yang sesuai dengan syariat Islam iaitu dengan cara yang didampingi oleh perantara ataupun mahram. Walaubagaimanapun, kita harus faham bahawa, proses taaruf - khitbah tidak diperbolehkan dengan jangka masa yang lama/terlalu lama agar tidak menimbulkan fitnah. Selain itu, kita juga perlu tahu bahawa sunnah sebuah lamaran (khitbah) itu TIDAK perlu diumumkan sedangkan pernikahan adalah disunnahkan untuk diumumkan. Jelas dilihat bahawa Islam menjaga maruah kedua-dua pihak dalam proses ini disebabkan tiada kepastian di dalam khitbah, samada ia akan berakhir dengan pernikahan atau sebaliknya. 3. LARANGAN KETIKA TAARUF & KHITBAH a. Hindari Percakapan tidak Penting Hindarilah percakapan yang tidak penting seperti perkataan yang boleh menyakitkan hati atau melampaui batas. Jika perlu “SMS” cukup sekadar keperluaan dalam kerangka proses menuju pernikahan. Dimbimbangi, kekerapan berhubung tanpa tujuan yang jelas akan menimbulkan fitnah dan menjerumuskan kita dalam maksiat. b. Tidak boleh melamar perempuan yang sudah dikhitbah Seorang lelaki tidak boleh meminang perempuan yang telah dipinang saudaranya. 4. TAARUF MENGIKUT SYARAK MENGHINDAR DIRI DARI ZINA Taaruf merupakan langkah pertama bagi mewujudkan keluarga yang Sakinah, Mawaddah, dan Warahmah. Oleh sebab itu, Islam telah mengajarkan taaruf sebagai pendekatan yang terbaik untuk berkenalan, menjalin hubungan mengikut landasan syariat yang betul, serta menguatkan hati sebelum ke alam pernikahan. Islam TIDAK PERNAH mendidik kita untuk membudayakan ‘dating’ kerana hakikatnya dua insan yang berlainan jenis yang berdua-duaan tidak mampu mengelak terjadinya pandang memandang, saling bersentuhan atau lebih berat lagi, perbuatan zina. Perbuatan-perbuatan ini sudah jelas haram hukumnya dan jelas hukumannya menurut syariat Islam seperti yang ditegaskan kepada kita di dalam al Quran dan al Hadith. Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. ….dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) yang terang daripadanya dan yang tersembunyi…. Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. Tidaklah seorang laki-laki berkhalwat dengan seorang wanita, melainkan yang ketiga dari mereka adalah syaitan. Tiga (jenis manusia) yang tidak diajak bicara oleh Allah pada hari kiamat dan tidak pula Allah menyucikan mereka dan tidak memandang kepada mereka, sedang bagi mereka seksa yang pedih, iaitu lelaki tua yang suka berzina, seorang raja pendusta, dan orang miskin yang sombong. Dua kejahatan akan dibalas oleh Allah ketika di dunia; zina dan durhaka kepada ibu bapa. Hari kiamat tidak akan terjadi sehinggalah berlaku ilmu diangkat, kebodohan meningkat, khamr (minuman keras) diminum, zina bermaharajalela, rosaknya lelaki, wanita semakin ramai berbanding lelaki. 5. REDHA DAN YAKIN PADA KETENTUAN ALLAH SWT Dalam hal jodoh, kedua-dua pihak perlu sama-sama membuka kemungkinan berakhir dengan pernikahan atau sebaliknya. Ketika berlakunya kegagalan taaaruf tersebut, kita haruslah memahami bahawa selalunya ada makna tersirat yang disampaikan oleh Allah SWT kepada kita. Bukankah kita juga yang meminta kepada Allah SWT dengan penuh harapan dan keyakinan agar didekatkan hati dan dipermudahkan urusan dengan sesuatu yang baik serta dijauhkan dan dipalingkan hati dari sesuatu yang buruk??? Maka, dengan harapan dan keyakinan yang sama, kita mesti percaya ketentuan Allah SWT adalah yang terbaik dan pastinya Allah akan menggantikan apa yang pergi dengan yang lebih baik. Setiap orang telah diciptakan berpasang-pasangan justeru, ikhlaskan diri, redha, dan jangan diungkit perkara yang diluar pengetahuan kita. Segala apa yang melibatkan jodoh, rezeki, kematian dan lain-lain telahpun ditentukan oleh Allah SWT. Sesungguhnya setiap dari kalian akan dihimpunkan kejadiannya di dalam perut ibunya selama 40 hari kemudian menjadi segumpal darah dalam tempoh yang sama. Kemudian menjadi segumpal daging dalam tempoh yang sama. Kemudian Allah mengutuskan malaikat dan diperintahkan (malaikat tersebut) dengan empat kalimat. Dikatakan kepada malaikat: tuliskan amalannya, rezekinya, ajalnya, adakah dia bahagia atau derita. Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan supaya kamu mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami). Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menciptakan pasangan - lelaki dan perempuan... Dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya; Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya. Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu-cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal; maka patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala), dan mereka kufur pula akan nikmat Allah? Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. Dia lah yang menciptakan langit dan bumi; Ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. Dan Allah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian Ia menjadikan kamu berpasangan (lelaki dan perempuan). Dan tiada mengandung seseorang perempuan (juga seekor betina), dan tidak pula satu-satunya melahirkan (anak yang dikandungnya) melainkan dengan keadaan yang diketahui Allah. Dan tidak diberikan seseorang berumur panjang, juga tidak dijadikan seseorang pendek umurnya, melainkan ada kadarnya di dalam Kitab Ilahi. Sesungguhnya yang demikian itu mudah sahaja kepada Allah. 6. DOA-DOA DIPERMUDAHKAN URUSAN JODOH
7. RANGKAIAN DOA-DOA MEMOHON DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN 'ROAD to NIKAH'
To be continued… -Edited by Beyond.Dunia RUJUKAN
Assalamualaikum, Sempena dengan kedatangan Ramadhan tahun ini, kami telah menyediakan Ramadhan Planner 1443 H (PDF) dan Ramadhan Companion 1443 H (PDF) yang memuatkan pelbagai zikir, selawat, doa serta langkah-langkah dan bacaan untuk Solat Sunat Tarawih dan solat-solat sunat yang dilengkapi dengan sumber dan rujukan dari al Quran, al Hadith, dan Kitab-kitab Agama. Kedua-duanya boleh diakses di link buku online > https://pubhtml5.com/bookcase/pxoi <. Terdapat dua jenis Ramadhan Planner yang boleh dipilih mengikut 'goals' dana kesukaan masing-masing beserta Ramadhan Companion di bawah: 1. BASIC PLANNER 2. AL QURAN PLANNER 3. RAMADHAN COMPANION 1443 H Semoga dapat dimanfaatkan hingga akhir hayat.
Tulus, Beyond Dunia. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Isra' Mi'raj merupakan suatu perjalanan yang ditempuh Rasulullah SAW dalam satu malam ke Sidratul Muntaha. Nabi Muhammad di Isra' kan dari Masjidil Haram (di Mekah) ke Masjidil Aqsa (di Baitul Maqdis) dan kemudiannya di Mi'raj kan dari bumi menuju ke langit ketujuh. Kemudian, perjalanan Baginda SAW dilanjutkan ke Sidratul Muntaha untuk menerima perintah dari Allah SWT bagi mendirikan solat lima waktu dalam sehari semalam. Perjalanan istimewa ini telahpun dirakamkan oleh Allah SWT di dalam Surah al Isra' Ayat 1. Maha suci Allah, yang telah memberi jalan hambanya pada suatu malam dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsha yang telah kami berkahi sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) kami. Sesungguhnya dia adalah maha mendengar lagi maha melihat." Perjalanan Rasulullah SAW pada malam 27 Rejab tersebut dimulai dengan kunjungan Malaikat Jibril dan kemudiannya, merekapun menaiki Buraq ke Masjidil Aqsa. Diriwayatkan oleh Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Dalam perjalanan tersebut, Rasulullah SAW telah singgah bersolat di beberapa tempat antaranya Tayyibah (Madinah Al Munawwarah), Madyan (tempat berteduhnya Nabi Musa AS saat dikejar Firaun), Thursina (tempat Nabi Musa menerima wahyu Allah) dan Betlehem atau Bait Al Lahm (tempat lahirnya Nabi Isa). Setelah solat, Rasulullah SAW pun melanjutkan perjalanan menuju Baitul Maqdis dan Baginda SAW disambut oleh Nabi Ibrahim AS, Nabi Musa AS, Nabi Isa AS, dan para nabi lainnya. Merekapun bersolat jemaah dengan Rasulullah SAW sebagai imam. Dan ketika Baginda SAW naik ke Sidratul Muntaha, Baginda SAW telah bertemu dengan Nabi Adam di langit pertama, Nabi Isa di langit kedua, Nabi Yusuf di langit ketiga, Nabi Idris di langit keempat, Nabi Harun di langit kelima, Nabi Musa di langit keenam, dan Nabi Ibrahim di langit ketujuh. Khabar peristiwa Isra' dan Mi’raj Nabi Muhammad SAW telah tersebar dengan cepat dan luas dalam kalangan masyarakat Mekkah. Ketika Rasulullah SAW menceritakan peristiwa tersebut kepada masyarakat Mekkah, kaum kafir Quraisy semakin membenci serta mengejek dan mencemuh Nabi Muhammad SAW manakala, banyak umat Islam (yang lemah imannya) menjadi murtad kerana terpengaruh oleh ejekan itu. Namun, tidak bagi yang kuat imannya kerana mereka telah yakin tentang kebenaran Nabi Muhammad SAW. Apakah yang dapat dipelajari dari perjalanan tersebut untuk diri kita sendiri pada zaman sekarang? Untuk mengenalpasti perjalanan - perjalanan yang diberkati di dalam hidup antaranya ialah:
Apakah yang dapat dipelajari dari keseluruhan Surah al Isra' untuk diri kita sendiri pada zaman sekarang? Untuk mengenalpasti formula-formula kejayaan melalui kefahaman surah al Isra' itu sendiri secara keseluruhannya. Antara formula-formula kejayaan tersebut ialah:
Semoga bermanfaat -Edited by Beyond.dunia Rujukan
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Islam melihat institusi kekeluargaan adalah satu institusi yang amat penting dalam melahirkan generasi-generasi yang hebat. Bahkan jika dilihat kepada fiqh Islam, dapati bahawa dalam kebanyakan kitab fiqh dan hadith pasti mengkhususkan penerangan tentang segala perkara yang berkaitan dengan nikah dan perceraian yang dinamakan Kitab al-Nikah. Menurut Ibnu Kathir RAH, kedatangan Islam telah dapat mengubah kebiasaan buruk masyarakat Arab Jahiliyyah yang gemar menceraikan dan merujuk isteri-isteri mereka sesuka hati meskipun telah bercerai berkali-kali. Islam mengajarkan bahawa talak yang boleh dirujuk adalah sebanyak dua kali dan jika tidak mahu untuk dirujuk maka lepaskanlah isteri tersebut dengan baik tanpa menzaliminya seperti yang disebutkan di dalam firmanNya: “Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik” (QS al Baqarah: 229) Inilah dalil pensyariatan talak bagi pasangan yang berkahwin namun tidak dapat mencari jalan keluar dalam menyelesaikan masalah rumahtangga mereka. 1. Hukum & Dalil Tentang Cerai yang Dilarang & Dibolehkan a. WAJIB : Hukum perceraian menjadi wajib ketika isteri atau suami melakukan sesuatu yang keji dan mungkar, tidak mau bertaubat dan mengakui kesalahan, serta tidak mahu berubah. Menurut Ulama, adapun talak itu menjadi wajib jika mudarat yang menimpa salah satu dari suami isteri tidak dapat dihilangkan kecuali dengan penceraian. Disebabkan itu Rasulullah SAW bersabda kepada orang yang mengeluh kepada beliau tentang kejahatan isterinya: “Ceraikan dia,” (HR Abu Daud, Shahih). Walaubagaimanapun, Allah SWT tidak menyukai perceraian sekalipun di dalam Islam tidak melarang terjadinya perceraian. Justeru, Islam menganjurkan pasangan suami isteri untuk mencari jalan keluar lain sebelum menjadikan penceraian sebagai jalan penyelesaiannya. Di dalam surah al Baqarah (Ayat 227) Allah SWT berfirman: “Dan jika mereka berketetapan hati hendak menceraikan, maka sungguh, Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui.” b. MUBAH ( HARUS) : Hukum perceraian menjadi harus ketika perceraian atau pernikahan semakin mudarat, sulit mencari penyelesaian, atau masalah tersebut membawa kesan yang buruk bagi keadaan keluarga. Walaubagaimanapun, tentunya hal ini harus difikir dengan baik oleh kedua belah pihak agar keputusan yang diambil tidak memberikan kesan yang buruk khususnya bagi anak-anak dan keluarga masing-masing. Oleh itu, Islam memerintahkan suami dan isteri supaya tidak gelabah dan emosional dalam mengambil keputusan kerana perkara ini perlu diputuskan dengan rasional, tenang, beserta ilmu pengetahuan yang mencukupi. “Dan jika keduanya bercerai, maka Allah akan memberi kecukupan kepada masing-masing dari kurniaanNya. Dan Allah Maha Luas (kurniaanNya) dan Maha Bijaksana” (QS An Nisaa': 130) c. MAKRUH : Hukum perceraian menjadi makruh ketika suami menceraikan isterinya atau isteri meminta cerai pada suami tanpa ada sebab yang jelas. Hal ini tentu menjadi suatu yang makruh untuk dilakukan kerana komitmen pernikahan tidak wajar hancur disebabkan alasan yang tidak jelas. Tidak ada pasangan yang bercerai tanpa alasan yang jelas. Walaubagaimanapun, Islam lebih menyukai umatnya yang memelihara keluarga dan memelihara pernikahan. Ini kerana, perceraian adalah sesuatu yang tidak disukai oleh Allah dan justeru disukai oleh Iblis. “Dan jika mereka berketetapan hati hendak menceraikan, maka sungguh, Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui.” (QS al Baqarah: 227) Konteks ayat di atas adalah sebentuk peringatan dan ancaman iaitu, “Jika kalian berbuat demikian…sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”, jelas menunjukkan bahawa perceraian tidaklah disukai oleh Allah SWT. “Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air kemudian mengirim pasukannya (ke berbagai penjuru). Pihak yang terdekat kedudukannya dari Iblis adalah yang paling besar menimbulkan fitnah. Salah satu dari mereka datang (menghadap Iblis) dan menyatakan: Aku berbuat demikian dan demikian. Iblis menyatakan: engkau belum berbuat apa-apa. Kemudian datang satu lagi (melaporkan): Aku tidak tinggalkan ia (manusia) hingga aku pisahkan ia dengan isterinya. Kemudian Iblis mendekatkan kedudukannya dan mengatakan: bagus engkau” (HR Muslim) “Isteri manapun yang meminta cerai kepada suaminya tanpa alasan, maka bau syurga diharamkan baginya,” (Sunan an Nasa’i, Sunan Abu Daud, Sunan At Tirmidzi & Sunan Ibnu Majah, Shahih) d. HARAM : Talak juga boleh menjadi haram kerana menimbulkan mudarat pada salah seorang dari suami isteri dan tidak menghasilkan manfaat yang lebih baik dari mudaratnya, atau manfaatnya sama dengan mudaratnya. Selain itu, hukum perceraian juga boleh menjadi haram jika isteri sedang pada keadaan haid atau nifas, atau jika suami melafaz talak yang lebih dari satu kali, ataupun suami menceraikan isterinya pada talak tiga sekaligus. 2. Jenis Lafaz Cerai (Talak) Lafaz talak terbahagi kepada dua iaitu sarih (jelas/nyata) dan kinayah (kiasan). “Lafaz yang digunakan, yang menunjukkan maksud talaq secara jelas dan tidak dapat diandaikan kepada maksud lain, dinamakan lafaz nyata (صريح). Sementara lafaz yang tidak menunjukkan maksud talaq secara jelas, boleh diandaikan dengan maksud yang lain selain talaq. Ia dinamakan lafaz kiasan (كناية)” (Kitab al Fiqh al Manhaji) Lafaz yang nyata juga termasuk terjemahan lafaz talaq dalam bahasa lain selain daripada bahasa Arab berdasarkan penggunaannya yang lumrah dalam masyarakat sebagaimana lafaz talaq yang biasa digunakan oleh orang Arab. Contohnya apabila menggunakan kalimah yang hanya digunakan untuk talak iaitu talak (طلاق), lepas (سراح) atau pisah (فراق) atau kata terbitan daripada kalimah-kalimah seperti:
Manakala, lafaz kinayah (kiasan) pula termasuk:
3. Lafaz Cerai Zaman Moden Talak akan jatuh jika dilafazkan oleh suami kepada isteri sama ada secara sarih sekalipun tanpa niat atau secara kinayah jika disertakan dengan niat. Tiada pengecualian di dalam syarak jika talak berkenaan disebutkan ketika waktu normal, bergaduh, atau bergurau. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tiga perkara yang dilakukan secara serius atau main-main memberi kesan; nikah, talak, dan rujuk” (HR Abu Daud, at-Tirmizi & Ibnu Majah) Menurut fatwa Ulama, hukum penceraian melalui SMS adalah sah dan jatuh talaknya sekiranya ia memenuhi syarat-syarat berikut:
Manakala, penceraian melalui SMS yang tidak memenuhi syarat-syarat di atas adalah tidak sah dan hanya akan ditentukan oleh Mahkamah Syariah. Sekiranya penceraian melalui SMS menggunakan kata-kata yang tidak jelas (sindiran) seperti surat, faksmili, telefon, dan e-mail maka, kesemuanya termasuk dalam talak kinayah. Dalam hal ini, sebahagian Ulama Islam telah meletakkan cerai melalui aplikasi Whatsapp dan seumpamanya adalah talak kinayah, bukannya talak sarih. Sekiranya dihantarnya Whatsapp itu dengan niat lafaz cerai dan si suami itu mengaku di hadapan hakim, barulah dikira cerai yang sah. 4. Jenis Penceraian Dalam Islam a. CERAI TALAK : Perceraian secara talak berlaku apabila kedua-dua pihak suami dan isteri bersetuju untuk bercerai secara baik, atau suami membuat keputusan untuk menceraikan isteri dengan lafaz talaq sarih atau kinayah. i) Talak sarih (jelas): "Aku ceraikan kau." atau "Kamu diceraikan." ii) Talak kinayah (kiasan): "Pulanglah pada orang tuamu!" atau kenyataan suami yang dibuat secara bertulis atau melalui SMS. b. CERAI TA'LIQ : Ta'liq didefinisikan mengikut Undang-undang Keluarga Islam sebagai lafaz perjanjian yang dibuat oleh suami selepas akad nikah. Perceraian secara ta'liq berlaku apabila suami melanggar ta'liq yang dibuat olehnya semasa upacara akad nikah. Walaupun amalan ini tidak wajib mengikut hukum syarak, ia boleh diterima pakai berdasarkan kepada persetujuan kedua-dua pihak. Manakala, lafaz ta'liq yang dibuat oleh suami adalah berbeza-beza mengikut negeri. Sebagai contoh: “Saya mengaku apabila saya tinggalkan isteri saya (nama isteri) selama empat bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksaan, dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama tempoh yang tersebut pada hal ia taatkan saya atau saya melakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya, kemudian ia mengadu kepada mahkamah syariah, dan apabila sabit aduannya di sisi mahkamah syariah, dan ia memberi kepada Mahkamah Syariah, yang menerima bagi pihak saya satu ringgit maka pada ketika itu tertalak ia dengan cara talak khulu'." c. CERAI KHULU' / TEBUS TALAK : Perceraian secara khulu' merupakan salah satu alternatif perceraian yang boleh berlaku dengan penawaran oleh pihak isteri untuk bercerai dengan suaminya dengan menawarkan sejumlah wang atau harta sebagai pampasan. Perceraian berlaku dengan lafaz talaq oleh suami apabila dia bersetuju dengan pampasan tersebut. Perceraian jenis ini juga termasuk dalam kategori talaq ba’in sughra. Oleh itu, ia tidak boleh dirujuk. Maksudnya, sekiranya lelaki tersebut ingin kembali bersama bekas isterinya, dia diwajibkan untuk melamar dan menikah semula dengan bekas isterinya itu. Sementara itu, wanita yang meminta khulu' itu wajib menunggu sampai masa ‘iddahnya berakhir sekiranya ingin menikahi lelaki lain. d. CERAI FASAKH : Fasakh merupakan pembubaran perkahwinan melalui kuasa yang diberikan kepada Hakim. Walaupun hak untuk memohon fasakh terpakai kepada kedua-dua suami dan isteri, namun secara amalannya hak fasakh diberikan kepada isteri memandangkan suami mempunyai hak untuk melafazkan talaq. Perceraian secara fasakh boleh berlaku apabila hakim memutuskan untuk memfasakhkan perkahwinan tersebut dengan alasan yang boleh memudaratkan pihak-pihak dalam perkahwinan tersebut dan ia tidak dapat diselamatkan lagi seperti keadaan berikut:
Jika bukti-bukti dari pihak isteri telah sah, maka Hakim berhak memutuskan hubungan perkahwinan antara keduanya. e. CERAI LI'AN : Perceraian secara li'an berlaku apabila suami menafikan anak yang dilahirkan oleh isterinya atau anak di dalam kandungan isterinya sebagai anaknya, atau menuduh isterinya berzina dengan lelaki lain tanpa empat orang saksi. Sumpah li’an dilakukan oleh suami dengan menyatakan atas nama Allah, dia bersumpah bahawa isterinya telah melakukan zina. Sumpah itu dinyatakan sebanyak 4 kali oleh suami, dan pada sumpah kelima, suami menyatakan dia siap menerima laknat Allah jika dia berbohong. Manakala, isteri akan melakukan sumpah balik (sumpah nukul), atas nama Allah, dia bersumpah bahawa dia tidak melakukan zina. Sumpah itu dinyatakan isteri sebanyak 4 kali dan pada sumpah kelima, isteri menyatakan dia siap menerima laknat Allah jika tuduhan suaminya itu benar. Maka apabila pihak-pihak tersebut (suami dan isteri) telah mengangkat sumpah dengan cara li'an, mengikut hukum Syara' di hadapan Hakim Syar'ie, maka mereka akan difaraqkan. Kesannya, kedua-dua pihak tidak boleh rujuk kembali atau berkahwin semula. 5. Sebab-sebab Penceraian di Malaysia Menurut kajian media, terdapat hampir 20 sebab berlakunya perceraian di Malaysia dan malangnya alasan-alasan yang dikemukakan untuk bercerai amatlah remeh sekali. Antara yang disebutkan adalah:
6. Bagaimana Mentarbiah Diri & Pasangan Untuk Bertoleransi ? Mufti Wilayah Persekutuan, S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri pernah menyarankan kepada pasangan yang ingin berkahwin, sudah berkahwin mahupun yang sedang berada di ambang konflik untuk menginsafi diri dan juga melihat hakikat kehidupan berkeluarga itu yang mana amat memerlukan kepada ilmu dan juga toleransi. Antara perkara yang boleh dilakukan:
7. Doa-Doa untuk Kebahagian Rumah Tangga & Keturunan yang Soleh Sebagai penutup, berikut adalah beberapa bacaan doa yang boleh diamalkan untuk memelihara kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga:
Semoga Bermanfaat -Edited by Beyond.Dunia Rujukan https://says.com/my/seismik/jenis-perceraian-dalam-islam https://muftiwp.gov.my/en/perkhidmatan/artikel-soal-jawab/1827-bayan-linnas-siri-46-cerai-elakkanlah https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4208-al-kafi-1619-kalau-nak-cerai-sangat-cerailah https://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2001-2005/875-hukum-cerai-melalui-sms http://mufti.terengganu.gov.my/index.php/bayan-almunir/persoalan/432-ceraikan-isteri-melalui-aplikasi-whatsapp http://pa-cilacap.go.id/tentang-pa/informasi/artikel/77-hukum-perceraian-menurut-pandangan-islam.html https://www.popmama.com/life/relationship/annas/hukum-perceraian-menurut-islam/5 https://dalamislam.com/hukum-islam/perceraian-menurut-islam السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 5 Kisah Tauladan Tentang Prasangka 1. Kisah Rasululah SAW dan Abu Hurairah RA Kisah ini dinukilkan berdasarkan HR Bukhari No. 6452. Abu Hurairah RA pernah menuturkan sebuah kisah yang menakjubkan tentang dirinya, ahli al Shuffah, dan Rasulullah. Abu Hurairah RA berkata, Demi Allah yang tak ada Tuhan kecuali Dia, aku pernah merangkak di atas tanah gegara menahan rasa lapar. Tak hanya itu, aku juga pernah menahan perutku dengan batu agar rasa laparku tidak terlalu. Hingga pada suatu waktu, aku sedang duduk di jalan tempat ahli al Shuffah keluar. Aku melihat Nabi Muhammad SAW keluar sambil tersenyum kepadaku. Mungkin Baginda SAW dapat meneka sesuatu yang tergambar dari wajahku dan yang terlintas di hatiku. Nabi Muhammad SAW memanggilku, “Abu Hir, ikutlah denganku!” Beliau meneruskan langkahnya dan aku mengikutinya dari belakang. Ketika Nabi Muhammad masuk ke dalam suatu tempat, aku pun meminta izin masuk juga. Kulihat di dalam tempat tersebut terdapat susu setempayan. “Dari mana susu ini?” tanyaku pada orang-orang di dalam tempat tersebut. “Diberi oleh si Fulan,” jawab mereka. Tiba-tiba Nabi Muhammad SAW memanggilku, “Abu Hir, pergilah ke tempat ahli al Shuffah dan panggil mereka ke sini!.” Aku segera menuruti perintah Rasulullah tetapi terlintas perasaan menolak di dalam hatiku. “Seolah-olah ini tidak adil. Bukankah aku yang lebih berhak mendapatkan sebahagian dari susu itu dengan keadaanku yang sangat kelaparan, walau hanya sekadar untuk memulihkan tenagaku yang telah hilang?” Setelah para ahli Shuffah datang, Nabi Muhammad memerintahkanku untuk memberikan susu itu kepada mereka. Dalam hatiku tertanya-tanya, “Apakah ada bahagian untukku sekiranya semua ahli al Shuffah meminumnya? Akan tetapi, aku harus akur atas segala yang diperintah oleh Allah dan Rasulullah SAW.” “Akhirnya, akupun mengambil tempayan yang berisi susu itu, lalu kuberikan pada salah satu dari ahli al Shuffah. Dia minum susu itu hingga kenyang, lalu mengembalikannya lagi padaku. Aku memberikan pula tempayan itu kepada orang seterusnya dan begitulah seterusnya, hingga seluruh ahli al Shuffah telah puas menikmati susu tersebut.” Tibalah pada giliran Nabi Muhammad SAW. Rasulullah SAW mengambil tempayan tersebut, meletakkannya di atas tangan beliau, dan memandangku dengan tersenyum, “Abu Hir, bakinya ialah untukku dan untukmu. Duduk dan minumlah!”. Akupun segera duduk dan meminumnya. Setelah selesai minum, Rasulullah SAW memerintahkanku untuk meminumnya lagi dan begitulah seterusnya, sehingga aku berkata, “Cukup wahai Rasulullah. Demi Zat yang mengutus engkau dengan Haq, tak ada tempat yang tersisa lagi di perutku untuk meminum susu itu.” Lalu Rasulullah SAW berkata, “Cuba aku lihat.” Abu Hurairah RA menyerahkan tempayan kepada Rasulullah SAW lalu Baginda memuji Allah serta mengagungkanNya dan meminum baki susu yang tinggal. Hadis ini mengajar hikmah tentang kesan negatif dari prasangka. Abu Hurairah RA mengira bahwa tindakan Nabi Muhammad tidak adil kerana mendahulukan ahli al-Shuffah sedangkan Abu Hurairah sendiri kelaparan. Padahal Abu Hurairah RA sebenarnya belum mengetahui maksud dan tujuan tindakan Rasulullah SAW sehinggalah pada akhirnya. Maha Benar lah Allah yang telah mengingatkan manusia agar berhati-hati dengan prasangka, kerana sebahagian prasangka itu mengandungi dosa. 2. Kisah Saidina Umar al Khattab dan Abdurrahman bin ‘Auf Ketika Saidina Umar al Khattab diangkat menjadi khalifah, beliau pernah dikatakan mengalami gangguan ingatan. Ini kerana ramai orang selalu melihat beliau menangis, kemudian tersenyum, dan tiba-tiba ketawa sendirian. Yang lebih menghairankan, tiada seorang pun yang telah membuat beliau bersedih mahupun tersenyum. Lalu, pada suatu hari, Abdurrahman bin ‘Auf datang mendekati Saidina Umar dan bertanya kerana merasa sangat tersinggung dengan tuduhan yang dilempar masyarakat terhadap Saidina Umar RA. Dia bertanya, “Wahai Amirul Mukminin, mengapa kadangkala engkau tertawa dan menangis sendirian setelah selesai mengerjakan solat?” Kemudian, Saidina Umar RA pun menjawab, “Sahabatku, semuanya terjadi kerana aku mengingat akan dosa-dosa yang pernah aku lakukan di masa lalu. Aku bertaubat untuk tidak mengulangi perbuatan terkutuk itu.” Saidina Umar RA menambah lagi, “Untuk engkau ketahui wahai Abdurrahman bin ‘Auf, penyebab aku menangis ketika selesai solat adalah kerana aku teringat kebiadapanku sebelum memeluk Islam. Aku pernah menguburkan anak perempuanku hidup-hidup. Aku tertawa pula kerana teringat kebodohanku. Aku pernah membuat patung dari tepung gandum dan kemudian aku sembah seperti menyembah Tuhan. Namun lucunya, ketika perutku lapar, aku makan Tuhan yang aku sembah itu.” Mendengarkan penjelasan tersebut, Abdurrahman bin ‘Auf berasa sangat lega kerana tidak turut sama berburuk sangka terhadap Saidina Umar RA seperti masyarakat lain. 3. Kisah Ulama Sufi Ibrahim bin Adham dan Pemabuk Suatu hari, Ibrahim bin Adham berjalan di tepi pantai. Tanpa sengaja, matanya melihat sepasang manusia berduaan dengan begitu mesranya. Terlintas di hati Sufi ini, bahawa sepasang kekasih itu sedang dimabuk cinta. Tidak hanya mabuk cinta, ternyata mereka berdua juga kelihatan seperti sedang mabuk. Di sekeliling mereka terdapat beberapa botol minuman berselerak termasuk bekas botol kosong yang baru selesai diminum. Ibrahim bin Adham terkesima dengan pemandangan yang dia lihat sambil menggeleng-gelengkan kepala. Dia terfikir bagaimana sepasang manusia tersebut sangat mudah bermaksiat seolah-olah tidak memiliki dosa. Tidak lama kemudian, di dalam jarak beberapa meter di hadapan mereka, air laut tiba-tiba bergelora dan ombak menghempas dengan sangat kuat ke tepi pantai sehingga menghanyutkan beberapa orang yang berdekatan. Terlihat beberapa orang berusaha berdiri, berenang, berlari ke arah daratan dan beberapa orang lelaki hampir dihanyutkan ombak. Dengan sepantas kilat, lelaki mabuk tadi terus berlari menuju ke arah lelaki-lelaki yang hanyut itu dan berusaha menarik mereka satu persatu. Ibrahim bin Adham yang melihat kejadian tersebut hanya tercengang dan berdiri kaku di tempatnya. Beliau merasa terkejut dengan kejadian yang terjadi begitu cepat di depan matanya ditambah juga beliau tidak pandai berenang. Akhirnya, lelaki mabuk tadi sempat menyelamatkan empat orang dari lima kelaki yang hampir hanyut. Kemudian dia kembali ke daratan, namun bukannya kembali ke perempuan yang ditinggalkan akan tetapi terus menuju ke arah Ibrahim bin Adham. Lelaki itupun berkata kepadanya, “Tadi, aku hanya sempat menyelamatkan empat nyawa, sementara engkau sepatutnya menyelamatkan satu lagi nyawa yang tidak sempat aku selamatkan.” Lelaki itu menambah lagi, “Wanita yang kau lihat di sebelahku itu adalah ibuku dan minuman yang kami minum itu hanyalah air biasa,” katanya memberikan penjelasan. Perkataan lelaki tersebut menggambarkan seolah-olah dia mampu membaca semua apa yang difikirkan oleh Ibrahim bin Adham terhadapnya. Kejadian itu telah memberi kesan yang sangat mendalam dalam hidup Ulama Sufi yang terkenal iaitu Ibrahim bin Adham hingga beliau wafat. Jika seorang Ulama Sufi yang mulia boleh terjebak dalam perangkap tersebut, lalu bagaimanakah dengan kita manusia akhir zaman? 4. Kisah Sultan Murad ar Rabi dan Jenazah Pelaku Maksiat Sepertinya kebiasaanya, Sultan Murad ar Rabi (Sultan Murad IV) (1623 – 1640) sangat suka menyamar ketika turun melihat keadaan rakyatnya. Dalam perjalanan ke sebuah perkampungan, di tengah-tengah jalan perbatasan kampung itu, beliau terlihat sekujur tubuh terbaring tidak bernyawa. Namun hairannya, tiada seorangpun yang lalu lalang ketika itu ingin menguruskannya. Kemudian Sultan bertanya kepada beberapa orang yang ada di sekitar itu dan mereka menjawab dengan sinis. “Biarkan saja. dia orang fasik, peminum arak, dan penzina!” “Tolonglah orang itu dengan atas nama umat Nabi Muhammad SAW dan hantarkan jenazah ini ke keluarganya sekarang!” ujar Sultan Murad ar Rabi. Jenazah tersebutpun dibawa ke rumahnya dan isterin yang sedang menunggu di rumah menyambut jenazah suaminya dengan tangisan kerana sedih tidak ada seorangpun yang menguruskannya. Kesemuapun pergi meninggalkan jenazah kecuali Sultan dan pembantunya. Isteri lelaki tersebut bertanya kepada keduanya, “Mengapa kalian tidak ikut serta meninggalkan kami seperti orang-orang itu, wahai wali Allah?” Sultan Murad ar Rabi terkejut dan hairan ketika dia disebut sebagai wali Allah lantas bertanya lagi, “Bagaimana engkau boleh mengatakan kami wali Allah padahal orang-orang di luar sana menganggap buruk dan jelek pada jenazah suamimu ini?” Kemudian, isterinya pun menceritakan semuanya dari awal kepada Sultan Murad dan pembantunya perihal tabiat suaminya. “Tidakkah engkau takut wahai suamiku, jika engkau terus melakukan amalanmu ini maka suatu saat engkau meninggal di tengah jalan dan saat itu juga tak ada satu orang pun yang peduli mengurus jenazahmu apalagi mensolatkanmu?” Namun, suamiku berkata padaku, “Wahai isteriku, Allah SWT Maha Kuasa atas segala ciptaan-Nya. Janganlah engkau bimbang jika itu akan terjadi, yang akan mengurus jenazahku nanti adalah wali Allah dan penguasa di negeri ini. Bahkan para ulamanya pun yang akan mensolatkanku.” Wanita itu berkata lagi, “Suamiku memiliki kebiasaan membeli botol-botol minuman arak, lalu dibawanya pulang, dan kemudiannya dipecahkan dan dibuang minuman tersebut tanpa dia meminumnya walau sedikit.” “Suamiku juga pergi kepada para pelacur dan meminta mereka untuk tidak membukakan pintu bagi umat Nabi Muhammad SAW kerana dosa penzina termasuk dosa besar. Lalu, dia memberikan wang kepada para pelacur sebagai ganti rugi. Kemudian, dia akan kembali ke rumah dan berkata, ‘Alhamdulillah, semoga dengan itu aku dapat meringankan keburukannya (pelacur) dari pemuda-pemuda Muslim pada malam ini.’ “ Setelah mendengar cerita tersebut, Sultan Murad ar Rabi lalu menangis dan berkata, “Suamimu benar. Demi Allah, aku adalah Sultan di negeri ini. Esok hari, akan aku perintahkan para ulama di negeri ini untuk mensolatkan suamimu itu.” Hikmah yang dapat dipetik melalui kisah ini ialah, sebagai seorang muslim, sepatutnya kita tidak liar dalam memprasangkakan orang lain yang tidak kita tahu tentang dirinya atau hidupnya atau ibadahnya. Lebih baik kita sibuk kepada diri kita sendiri, hitunglah dosa sendiri, dan tangisilah keburukan diri sendiri. 5. Kisah Ulama Sufi (Tasawuf) Junaid al Baghdadi dan Pengemis Pada suatu hari, ketika Junaid al Baghdadi sedang asyik mengaji, dia didatangi oleh seorang pengemis lelaki. Pengemis itu berpakaian compang camping sambil menadahkan tangannya meminta sedekah. Junaid menatap pengemis itu sambil berpikir "Lelaki ini masih muda, badannya sihat dan kelihatannya mampu bekerja, tapi mengapakah dia mengemis (menimpakan kehinaan kepada dirinya sendiri)?" Junaid hanya melihat pengemis yang keletihan menadah tangannya lalu akhirnya pengemis itupun pergi. Pada malam tersebut, Junaid telah bermimpi. Di dalam mimpinya, dia melihat makanan di atas talam yang tertutup dan makanan itu dihidangkan kepadanya. Dia pun mengikuti perintah itu dan membukanya. Setelah membukanya, dia melihat lelaki pengemis yang datang kepadanya itu terbaring mati di atas talam hidangan itu. "Aku tidak akan memakan daging manusia," kata Junaid. Kemudian terdengar suara "Tetapi, mengapakah engkau berfikir macam-macam di masjid siang tadi?" Barulah Junaid tersedar bahawa dirinya telah bersalah dan berdosa besar kerana sudah berprasangka buruk terhadap pengemis siang tadi. Dia terbangun dari tidurnya kerana ketakutan. Lantas beliau bersuci dan menunaikan solat dua rakaat dan bertaubat kepada Allah SWT. Keesokan harinya, Junaid mencari pengemis tersebut dan ternyata pengemis itu sedang berada di tepi sungai Tigris sambil memungut sisa-sisa sayuran yang dicuci orang. Sambil mengangkat kepalanya, dia menatap Junaid dan berkata "Junaid, apakah engkau telah bertaubat kepada Allah kerana prasangkamu terhadapku?". "Sudah," jawab Junaid. "Kalau begitu, pergilah. Dialah yang menerima taubat hambaNya, sekarang jagalah pikiranmu," kata pengemis tersebut. Kesemua kisah-kisah ini mengajak kita untuk sentiasa husnudzon sesama manusia dan juga mengisyratkan bahawa tiada manusia yang terlepas dari prasangka sekalipun orang yang sehebat para ulama. Namun, yang terbaik antara kita adalah yang berbuat dosa dan kemudiannya bertaubat. Semoga kita dapat mengambil iktibar dan tidak terperangkap dalam ruang fikiran yang negatif. Aamiin. Rujukan:
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ Memahami Mekanisme Prasangka dalam Diri Prasangka wujud dalam diri semasa proses membuat penilaian sebelum mengetahui fakta yang relevan tentang suatu objek atau individu. Ia juga dapat muncul dalam sikap yang tidak yang tidak masuk akal atau juga munculnya kecenderungan untuk menilai segala hal, bahkan yang sama sekali tidak berkaitan dengan kita. Prasangka dapat dibahagi kepada tiga peringkat iaitu prasangka kognitif, prasangka perasaan, dan prasangka diskriminasi. Prasangka kognitif bermaksud prasangka yang masih berada dalam fikiran kita. Hal ini merujuk kepada timbulnya penilaian tertentu terhadap orang lain berdasarkan informasi yang bersifat ‘limited’, ‘unlimited’, ‘valid’, atau ‘invalid’. Ini tidak termasuk pengaruh ‘bias’ dalam diri yang ada atau terpupuk kerana pengalaman tertentu. Prasangka fikiran lazimnya memberi kesan psikologi kepada fikiran seseorang yang akan mempengaruhi caranya berinteraksi dengan orang yang di sangka tersebut. Peringkat pertama inilah waktu yang terbaik untuk mengawal prasangka supaya tidak selamanya bersifat negatif (suudzon) kerana ia masih boleh diadun atau dibentuk menjadi prasangka positif (husnudzon). Prasangka perasaan pula bermaksud prasangka fikiran yang telah mempengaruhi perasaan. Pada peringkat ini, penilaian fikiran telahpun mempengaruhi sikap dan emosi contohnya, ‘generalising’, ‘characterising’, atau ‘labeling’ terhadap sikap yang tertentu pada individu. Penilaian inilah yang akan mempengaruhi perasaan kita ketika kita bertemu dengan individu tersebut. Sekiranya penilaian itu positif (husnudzon), maka prasangka itu bersifat positif, perasaan terhadap keadaan / individu itu juga positif sebaliknya, jika penilaian itu negatif (suudzon), maka prasangka itu bersifat negatif, dan perasaan terhadap keadaan / individu juga negatif. Manakala, prasangka diskriminasi wujud dalam tingkah laku penilai yang telah dipengaruhi fikiran dan emosinya ke arah positif (husnudzon) atau negatif (suudzon). Prasangka diskriminasi adalah prasangka yang sangat ‘impactful’ kerana ia boleh memberi kesan kepada individu, silaturrahim sesama islam, dan interaksi sosial seharian. Dari sinilah wujudnya julat diskriminasi yang luas sehingga diterjemahkan kepada beebrapa jenis antaranya:
Berdasarkan mekanisme prasangka ini, dapat difahami bahawa kewujudan diskriminasi ini bukanlah berpunca dari orang sekeliling akan tetapi, bertitik tolak dari fikiran kita sendiri. Justeru, munculnya perkara negatif dalam kelompok sosial masyarakat bukanlah semata-mata kerana buruknya orang lain akan tetapi kerana keburukan fikiran kita sendiri. Di sinilah kita belajar untuk insaf bahawa sebenarnya kita yang merosakkan sesama kita kerana kelemahan kita mengawal prasangka fikiran sendiri. Prasangka dunia moden Seperti yang kita tahu, objek prasangka tidak hanya individu tetapi termasuk berkumpulan. Prasangka terhadap suatu kumpulan atau kelompok disebut stereotaip. Apabila prasangka berlaku, stereotaip, diskriminasi, dan buli mungkin juga berlaku kerana, dalam kebanyakkan kes, prasangka adalah berdasarkan stereotaip. Stereotaip adalah anggapan awal yang dibina terhadap suatu kelompok atau kumpulan berdasarkan pengalaman atau ‘beliefs’. Masyarakat yang memiliki pandangan secara stereotaip ini seolah-olah mempunyai skema yang menjadi panduan dalam menilai seseorang individu atau kumpulan masyarakat yang lain. Hakikatnya, stereotaip ini sukar diubah melainkan individu itu mula melibatkan diri dan menjadi ahli dalam kumpulan individu lain yang mempunyai ciri seperti dikehendaki oleh stereotaip. Namun sebenarnya, tahukah kita bahawa prasangka dan stereotaip hanyalah dua contoh kesilapan mental yang disebabkan kecenderungan kita untuk mengkategorikan maklumat dengan pantas di dunia di sekeliling kita? Adakah kita sedar akan perkara ini? Menurut ahli psikologi Gordon Allport, prasangka dan stereotaip wujud sebagai sebahagian daripada pemikiran manusia biasa. Untuk memahami dunia di sekeliling kita, penting untuk menyusun maklumat ke dalam kategori mental . “Fikiran manusia mesti berfikir dengan bantuan kategori,” jelas Allport. “Sekali terbentuk, kategori adalah asas untuk penghakiman biasa. Kita tidak boleh mengelakkan proses ini.” Dengan kata lain, ia bermaksud bahawa kita bergantung pada keupayaan kita untuk meletakkan orang, idea, dan objek ke dalam kategori yang berbeza untuk menjadikan dunia lebih mudah dan mudah difahami. Stereotaip yang paling ketara ialah stereotaip jantina dan kaum. Contohnya, masyarakat mempunyai stereotaip bahawa wanita itu harus mempunyai ciri-ciri seperti sopan, lemah lembut, gemar menjahit dan ayu. Justeru, individu yang mempunyai ciri-ciri bertentangan dengan stereotaip sedia ada pula akan dikenali sebagai ‘subjenis’ atau ‘subtype’. Dari sudut agama pula, terlalu banyak ‘stereotyping of Muslims’ yang berlaku. Contohnya, Islam adalah agama yang ganas dan umat Islam dikenal pasti dengan keganasan, atau Islam menindas wanita dan memaksa mereka menjadi individu yang subversif (akur, tunduk, lemah), ataupun hijab merupakan sebuah penindasan untuk kaum wanita Islam. Allah SWT telah menyebut di dalam al Quran bahawa: Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Surah al Baqarah : 256) Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu). (Surah an Nisaa’ : 19) Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. (Surah ar Rum : 21) Yang terbaik dikalangan kamu ialah yang terbaik akhlak terhadap isterinya. (Sunan at Tirmidzi) Orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan. (Surah an Nisaa’ : 32) Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. (Surah an Nisaa’ : 34) Justeru, di manakah logik Islam adalah agama yang ganas serta mengajarkan penganutnya untuk menjadi ganas? Dan dimanakah hak-hak wnita yang dinafikan? atau Dimanakah dalil islam menggalakan penindasan atas kaum wanita? Sedangkan, Islam hanyalah agama yang mengajar kepada kebaikan dan sarat dengan peringatan dari Allah SWT. Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!" (Surah Fussilat : 33) Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya. (Surah al Hasyr : 23) #hentikanprasangkaburuk #hentikandiskriminasi #hentikanstereotaip To be continued… Edited by Beyond.Dunia Rujukan
Buruk sangka dan suka mencari salah orang lain adalah perbuatan yang sangat dimurkai Allah SWT dan bukanlah ciri-ciri orang beriman. Orang beriman itu lebih mendahulukan berbaik sangka, kepada siapa pun, termasuk kepada Allah. Sesiapa yang mempunyai sifat buruk sangka dengan sesama Islam, maka dia wajib bertaubat dan beristighfar kepada Allah SWT. Dosa orang yang buruk sangka adalah besar dan termasuk dalam perbuatan jahat yang boleh membawa kepada perpecahan ummah. Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu melakukan tajassus (mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang) dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan berkenaan) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani. (QS al Hujurat : 12) Dalil-dalil Tentang Prasangka Istilah prasangka telah disebut di dalam al-Quran sebagai الظن (az-zann) telah membawa makna yang lebih dari satu. Pertama, ia membawa maksud menuduh, seperti menuduh orang lain berbuat jahat tanpa bukti. Kedua, ia juga bermaksud taklid buta, seperti orang-orang musyrikin yang menolak ajaran Rasulullah SAW yang mempunyai banyak bukti kebenaran, dan sebaliknya mengikuti ajaran syirik yang hanya berdasarkan mitos. Manakala yang ketiga bererti yakin, iaitu seumpama orang yang meyakini kematian pasti akan melaksanakan shalat dengan khusyuk. Ini menunjukkan bahawa perkataan الظن di dalam al-Quran membawa dua pengertian iaitu yakin dan ragu. Prasangka itu tidak mendatangkan kebenaran apa pun. (QS Yunus : 36) Takutlah kalian berprasangka, karena ia merupakan sedusta-dusta perkataan. (HR Tirmidzi) Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (QS al Hujurat : 6) Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan berkenaan) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani. (QS al Hujurat : 12) Barang siapa yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata-kata yang baik atau hendaklah ia diam. (HR Bukhari) Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: "Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.” (QS an Nuur : 12) Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas RA, pada satu hari Rasulullah SAW melewati sebuah kebun di antara kebun-kebun di Madinah. Tiba-tiba beliau mendengar dua orang yang sedang diseksa di dalam kuburnya, lalu Nabi SAW bersabda: “Kedua-duanya diseksa, padahal bukan kerana dosa yang besar. Yang pertama diseksa kerana tidak betul-betul bersih sesudah membuang air kencingnya dan seorang lagi kerana suka mengadu domba.” (HR Bukhari) Berhati-hatilah kalian dari tindakan berprasangka buruk, karena prasangka buruk adalah sedusta-dusta ucapan. Janganlah kalian saling mencari berita keburukan orang lain, saling mengintip, saling mendengki, saling membelakangi, dan saling membenci. Jadilah kalian hamba-hamba Allah SWT yang bersaudara. (HR Bukhari & Muslim) Ayat-ayat al Quran dan hadis-hadis di atas memberikan penegasan tentang buruknya prasangka dalam kerangka moral agama Islam. Prasangka ini tentu saja sangat mudah muncul, samada dalam fikiran ataupun dalam lisan dan perbuatan yang bersifat diskriminatif. Para ulama juga telah memberi perincian pandangan terhadap maksud lafaz الظن di dalam al-Quran dari segi bahasa antaranya:
Jenis-jenis Prasangka Prasangka dibahagi kepada 2 iaitu prasangka buruk dan prasangka baik. Prasangka buruk disebut sebagai suudzon manakala prasangka baik disebut sebagai husnudzon. Suudzon atau prasangka buruk ialah prasangka terhadap orang lain melakukan hal yang buruk tanpa bukti yang benar manakala husnudzon ialah ‘positive thinking’ atau baik sangka terhadap apa yang telah dilakukan orang lain kepada diri kita. Rasulullah SAW bersabda: “Jauhilah prasangka, kerana prasangka itu adalah perkataan yang paling dusta” (HR Bukhari & Muslim) yang bermaksud adalah menjadi kewajipan seorang Muslim, baik lelaki atau perempuan untuk menjauhi prasangka buruk kecuali ada sebab-sebab yang jelas (yang menunjukkan keburukan tersebut). Suudzon merupakan salah satu penyakit yang dibisikkan oleh syaitan ke dalam hati manusia. Kebiasaannya, sifat buruk sangka ini akan menyuluh kepada pelbagai dosa serta menumbuhkan penyakit-penyakit hati yang lebih kronik seperti ghibah (mengumpat), memutuskan silaturrahim, kebencian, hasad dengki, buli dan memulau, dan sikap provokatif terhadap orang yang diburuk sangka. Suudzon sangat bertentangan dengan husnudzon (baik sangka) kerana, sikap husnudzon akan melahirkan keyakinan hati bahawa segala nikmat dan kebaikan yang kita terima berasal dari Allah SWT, sedangkan keburukan yang menimpa kita adalah disebabkan dosa dan maksiat yang kita lakukan. Di dalam ilmu akhlak, suudzon dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:
Syeikh Mahmud al Mishri ada memperincikannya di dalam kitab Mausu'ah min Akhlaqir-Rasulada, dimana beliau mengatakan bahawa terdapat 4 jenis prasangka yang sering terjadi dalam kehidupan seharian.
Imam adz Dzahabi RAH berkata, “Para ahli tafsir mengatakan, tajassus adalah mencari-cari keburukan dan cacat kaum Muslimin. Ini bermakna janganlah salah seorang diantara kamu mencari-cari keburukan saudaranya untuk diketahuinya, padahal Allah SWT menutupnya” (Kitab al Kabair, m/s 159). Barangsiapa berusaha mendengarkan pembicaraan orang-orang lain, sedangkan mereka tidak suka (didengarkan), atau mereka menjauh darinya, maka pada telinganya akan dituangkan cairan tembaga pada hari kiamat. (HR Bukhari) Ibnu Hajar al Haitami berkata, “Perbuatan tajassus ini dikategorikan dosa besar dalam hadis ini, walaupun aku tidak melihat Ulama menyebutkannya. Kerana dituangkan cairan tembaga pada dua telinga pada hari kiamat merupakan ancaman yang sangat keras. Kemudian aku lihat sebagian Ulama menyebutkannya” (Kitab az-Zawajir ‘an Iqtirafil Kabair, 2/268). Dalam hadis lain ada juga menyebut, “Jika seseorang mengintipmu dengan tanpa izin lalu engkau melemparnya dengan kerikil sehingga engkau mencungkil matanya, engkau tidak berdosa.” (HR Bukhari, HR Muslim)
Sufyan as-Tsauri menambah, terdapat dua jenis prasangka iaitu berdosa dan tidak berdosa. Adapun prasangka yang berdosa adalah jika seseorang berprasangka dan mengucapkannya kepada orang lain sedangkan, yang tak berdosa adalah prasangka yang tidak diucapkan atau disebarkan kepada orang lain. Jelaslah bahawa, suudzon tidak boleh dilakukan oleh seorang muslim kecuali dalam keadaan yang dibenarkan dalam agama. Ia juga termasuk antara akhlak yang dicela dan berdosa jika dilakukan, maka haruslah ia ditinggalkan. Oleh sebab itu, Islam mengajarkan kepada umatnya untuk berfikir positif (husnudzon). Selain suudzon, husnudzon juga terbahagi kepada 3 kategori. Anjuran husnudzon telah ditemukan di dalam pelbagai ayat al-Quran antaranya:
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir." (QS al Baqarah : 286)
Seorang muslim yang sejati adalah orang yang mana orang muslim lainnya selamat dari bahaya lisan dan tangannya. (HR Tirmidzi)
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (QS al Baqarah : 216) Mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak. (QS an Nisaa’ : 19) Anjuran untuk Tidak Suudzon
Bagaimana Mencegah Agar Tidak Terjebak dalam Suudzon? Allah telah memberi kecaman yang keras di dalam ayat-ayat al Quran di atas. Landasan moral dari ayat-ayat tersebut tentunya dapat menjadi motivasi bagi seorang Muslim untuk menjauhi suudzon terhadap orang lain. Secara psikologinya terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk kita membantu diri sendiri menjauhi kecenderungan fikiran dari buruk sangka.
Apa yang penting ialah, kita perlu memahami bahawa, ‘energy’ negatif yang muncul dalam prasangka adalah ibarat kotoran yang masuk di dalam air. Ia dapat dibersihkan dengan terus menerus menambahkan air yang jernih ke dalamnya. Cara ‘menambah air’ adalah dengan terlebih dahulu memahami bahawa kemunculan prasangka negatif ialah kerana peta fikiran kita yang sangat sempit. Oleh itu, kita tidak memiliki banyak alternatif atau pengetahuan untuk menilai situasi yang kita hadapi. Kemudian, perluaskan peta fikiran kita. Semakin lengkap dan terperinci peta fikiran kita yang kita fahami maka semakin kecil peluang untuk tersesat. Semakin terperinci maklumat maka akan semakin lengkap gambarannya dan semakin kecillah peluang kita melakukan kesilapan menghakimi. Oleh sebab itu, di dalam Islam kita di ajar untuk memperluas peta fikiran adalah dengan ‘to ask’ and ‘to clarify’ ataupun ‘tabayyun’. To be continued… -Edited by Beyond.Dunia Rujukan
|
Doa Menuntut Ilmu
|