السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Mencari pasangan hidup bukanlah semudah seperti membeli belah di pasar raya. Sudah tentunya setiap orang menginginkan pasangan yang terbaik dalam hidup mereka. Oleh sebab itu, Islam telah menggariskan kriteria utama yang perlu diteliti dalam pemilihan calon isteri/suami dalam Islam. Islam mengajarkan bahawa, ‘Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya, maka pilihlah wanita yang taat beragama, nescaya engkau beruntung’ Hadis di atas meletakkan wanita yang solehah sebagai asas utama pemilihan seorang isteri disamping kecantikan rupa paras, keturunan, dan kekayaannya. Imam Nawawi menyebut hadis ini menerangkan kepada kita bahawa kebiasaan adat seseorang apabila ingin menikahi wanita, terdapat empat perkara yang menjadi kayu pengukur dan Rasulullah SAW menyuruh agar dilihat pada agamanya kerana ianya menguntungkan seseorang di dunia dan akhirat (Kitab Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim). Perkara ini juga disebut oleh Imam al-Son’ani bahawa Nabi SAW memerintahkan para pemuda sekiranya mereka menjumpai perempuan yang baik agamanya, maka janganlah mereka berpaling untuk mengubah pilihan kepada perempuan lain (Kitab Subul al-Salam). Justeru, sesolehah manakah ukuran yang patut kita letakkan ketika memilih? 1. Taat kepada Allah dan RasulNya Ini adalah kriteria utama yang dituntut ketika memilih pasangan. Maka dalam memilih pasangan hidup seharusnya calon isteri mesti memenuhi syarat utama ini, bertepatan dengan firman Allah SWT: Sesungguhnya yang paling mulia di antara kalian adalah yang paling bertaqwa. Taqwa adalah menjaga diri dari azab Allah SWT dengan menjalankan perintahNya dan menjauhi kemungkaran. Oleh itu, seorang muslim hendaklah berjuang untuk mendapatkan pasangan yang paling mulia di sisi Allah, iaitu seorang yang taat pada agama. Memilih pasangan hidup yang memiliki pemahaman yang baik tentang agama lebih utama dari yang hanya TAHU AGAMA. Sebab salah satu tanda orang yang diberi kebaikan oleh Allah adalah memiliki pemahaman agama yang baik. Rasulullah SAW bersabda: Orang yang dikehendaki oleh Allah untuk mendapat kebaikan akan difahamkan terhadap ilmu agama. Orang yang pandai adalah orang yang sentiasa bermuhasabah dirinya dan beramal untuk kehidupan selepas kematian. Dan janganlah kamu nikahi wanita-wanita musyrik sebelum mereka beriman. Sesungguhnya wanita budak yang mukmin lebih baik dari wanita musyrik, walaupun ia menarik hatimu. 2. Berakhlak Baik Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga). Terdapat beberapa sub-kriteria berakhlak baik yang diperincikan antaranya sikap taat, pandai menyimpan rahsia, berpendirian teguh, serta pandai berterima kasih dan bersyukur. a. Sikap Taat Lelaki-lelaki (suami) itu pelindung bagi perempuan (isteri), kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki-lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana mereka (lelaki-lelaki) telah memberikan nafkah dari hartanya. Maka perempuan-perempuan yang soleh adalah mereka yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika (suaminya) tidak ada, kerana Allah telah menjaga (mereka). Perempuan-perempuan yang kamu khawatirkan akan nusyuz, hendaklah kamu beri nasihat kepada mereka, tinggalkanlah mereka di tempat tidur (pisah ranjang), dan (kalau perlu) pukullah mereka. Tetapi jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari alasan untuk menyusahkannya. Sungguh, Allah Maha Tinggi, Maha Besar. Mentaati seorang suami sudah menjadi tanggungjawab terpenting seorang isteri. Apabila wanita sudah berkahwin, maka suaminya lebih berhak daripada ayahnya, isteri lebih wajib mentaati suami daripada ayahnya. Seandainya aku menyuruh orang agar sujud kepada orang, tentu aku menyuruh isteri agar sujud kepada suaminya. Mana-mana isteri yang taat kepada suaminya dimanapun dia berada dan di dalam situasi apapun, digelar isteri solehah. Namun, ketaatan seorang isteri haruslah dalam perkara kebaikan dan TIDAK merosakkan akidah dan agamanya. Sekiranya suami meminta isterinya melakukan kemungkaran hingga melanggar syariat, keengganan mematuhi arahan berkenaan sudah lagi tidak dianggap enggan mentaati suami. Sesungguhnya, mana-mana wanita yang sentiasa melakukan segala suruhan agama dan meninggalkan setiap larangan Allah pasti akan ditempatkan dalam kelompok wanita yang dirahmati dan diberkati. Rasulullah SAW bersabda: Mahukah aku beritahu kepada kamu tentang isteri-isteri kamu yang termasuk dalam penghuni syurga? Iaitu wanita yang mencintai suami, mempunyai anak yang ramai dan selalu meminta maaf kepada suaminya. Sekiranya dia menyakiti ataupun disakiti, dia segera berjumpa suaminya dan memegang tangannya lalu berkata, 'Demi Allah, aku tidak akan tidur sebelum engkau reda kepadaku' Apabila seorang isteri menjaga solatnya, puasa (Ramadhan)nya, menjaga kehormatannya, dan taat pada suaminya, maka dikatakan kepada wanita tersebut, masuklah engkau ke Syurga dari pintu mana pun yang engkau sukai. Wanita mana saja yang mati, lantas suaminya redha atasnya, maka dia akan masuk syurga. b. Pandai Menyimpan Rahsia Isteri merupakan tempat tertumpahnya perasaan dan keluh kesah suami. Sebaiknya, seorang lelaki wajar melihat apakah calon isterinya seorang wanita yang gemar bercerita dan membuka rahsia orang atau seorang pasangan yang sentiasa menjaga mulutnya dari berkata yang tidak bermanfaat. Ini kerana, seorang isteri yang baik hendaklah menjaga rahsia dan masalah-masalah suaminya serta tidak mudah menceritakan kepada sesiapapun tentang keperibadian suaminya. Sekalipun ingin berbuat demikian, maka sampaikanlah perkara yang baik-baik sahaja. Seeloknya, hindarilah wanita yang suka mengumpat atau membuka aibnya sendiri/keluarga sendiri, kerana dibimbangi sikap buruk tersebut akan mencetuskan masalah dalam rumah tangga di masa akan datang. c. Berpendirian Teguh Berpendirian teguh disini bukanlah merujuk kepada wanita yang bersikap tegas, tidak mahu beralah, degil, atau ego di dalam kerjaya atau hubungan. Namun, konteksnya merujuk kepada keteguhan sikap seorang wanita dalam menghadapi dugaan dan bencana rumahtangga (tidak termasuk dalam hal-hal penderaan ke atas isteri/anak-anak sehingga mengakibatkan kecederaan fizikal). Ketika rumah tangga mengalami dugaan berat, wanita yang berpendirian teguh yang tidak akan mendorong suaminya untuk melakukan dosa ketika menghadapi kesukaran tersebut. Sebaliknya, dialah yang berusaha mengajak suaminya untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT. Justeru, seorang lelaki wajar melihat apakah calon isterinya bersikap degil tetapi sebenarnya lemah, ataupun bersikap tabah dan mengembalikan segala urusan/masalah tersebut kepada Allah? d. Pandai Berterima Kasih & Sentiasa Bersyukur Perkataan ‘terima kasih’ merupakan perkataan keramat yang mengandungi perasaan syukur kepada Allah SWT dan hormat kepada pasangan kita. Rasulullah SAW bersabda: Siapa yang tidak pandai bersyukur kepada manusia, bererti dia belum bersyukur kepada Allah. Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya. Sedangkan orang-orang yang sentiasa mengungkap rasa syukur telah dijanjikan Allah SWT akan pertambahan nikmatNya ke atas mereka. Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat.” Wanita yang pandai berterima kasih terhadap suaminya bermaksud isteri tersebut memahami tentang keadaan dan kemampuan suaminya. Kebanyakkan wanita di akhir zaman ini, MUDAH mengungkapkan rungutan dan kata-kata yang menyakiti hati suami mereka. Tidak kurang juga yang mendorong suami mereka untuk membuat sesuatu yang haram hanya untuk memperolehi kemewahan dan kesenangan hidup seperti orang lain. Selain itu, ada juga yang meminta-minta terhadap perkara-perkara membebankan dan di luar kemampuan suami. Rasulullah SAW telah bersabda: Dan aku melihat neraka, maka, tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali. Aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW pernah menerangkan satu amalan yang dapat menyelamatkan kaum wanita dari azab Neraka. Ketika Baginda SAW selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertaqwa kepada Allah SWT dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda SAW pun bangkit mendatangi kaum wanita, menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian Baginda SAW bersabda : ‘Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Jahanam!’ Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, diapun bertanya : ‘Mengapa demikian, wahai Rasulullah?’ Baginda SAW menjawab : ‘Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu kufur terhadap suami!’ Justeru, lelaki wajar melihat tanda-tanda jika calon isterinya memiliki sikap seseorang yang sentiasa bersyukur atau sebaliknya. Sikap seseorang yang selalu bersyukur ialah selalu tersenyum serta tidak mudah berkeluh kesah apabila Allah SWT berkehendak yang tidak sesuai dengan keinginannya. Ini kerana individu yang mudah mengeluh menandakan bahawa dia sedang menentang Allah, iaitu seolah-olah memberontak atau marah atas takdir yang telah ditentukanNya. 3. Memiliki Kekayaan Adapun jika calon isteri tersebut memiliki kekayaan dan beragama sudah pastinya itu juga menguntungkan kerana dia akan menggunakan hartanya ke arah jalan kebaikan khususnya ke jalan agama berbanding calon isteri yang hanya memiliki kekayaan namun tidak solehah. Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui. Jika seorang wanita (isteri) berinfaq dari makanan rumahnya dan bukan bermaksud menimbulkan kerosakan maka baginya pahala dan bagi suaminya (pahala) dari yang diusahakannya dan juga bagi seorang penjaga harta/ bendahara akan mendapatkan pahala seperti itu. 4. Memiliki Kesuburan (Keturunan) Begitulah juga dengan calon isteri yang memiliki keturunan. Rasulullah SAW menganjurkan kita untuk memilih calon isteri yang subur seperti sabdanya: Sesungguhnya aku telah bertemu dengan seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan cantik tetapi dia seorang yang tidak boleh melahirkan anak. Maka, apakah aku boleh menikahinya? Rasulullah SAW menjawab: ‘Jangan’ Apatah lagi jika wanita tersebut juga memiliki peribadi yang solehah. Bukankah gabungan tersebut sangat penting bagi pembangunan dan pendidikan anak-anak yang sememangnya harus dididik dan dibesarkan dalam acuan agama islam yang betul? Setiap kalian adalah pemimpin, dan setiap pemimpin akan dimintai pertanggung jawaban atas yang dipimpinnya. Imam adalah pemimpin yang akan diminta pertanggung jawaban atas rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin dan akan dimintai pertanggung jawaban atas keluarganya. Seorang isteri adalah pemimpin di dalam urusan rumah tangga suaminya, dan akan dimintai pertanggung jawaban atas urusan rumah tangga tersebut. Seorang pembantu adalah pemimpin dalam urusan harta tuannya, dan akan diminta pertanggung jawaban atas urusan tanggung jawabnya tersebut. 5. Memiliki Kecantikan Suatu ketika Nabi Muhammad SAW ditanya oleh para sahabat mengenai ciri wanita idaman yang diperlukan oleh seorang suami, Baginda SAW menjawab: Dalam hadis lain, Rasulullah SAW juga bersabda yang maksudnya: Sebaik-baik wanita ialah sesiapa yang dapat menggembirakanmu apabila dilihat, mentaatimu apabila disuruh dan menjaga dirinya serta hartamu apabila kamu tiada. Walaubagaimanapun, Rasulullah SAW juga telah memberi amaran dalam sabdaanya: Janganlah kamu kahwini wanita kerana kecantikan mereka, kerana kemungkinan kecantikan itu akan menghancurkan mereka sendiri. Dan janganlah kamu kahwini kerana harta mereka, kerana mungkin harta itu menyebabkan mereka derhaka. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama. Sesungguhnya hamba yang berkulit hitam, tetapi beragama adalah lebih baik. Mengapa kita diingatkan dengan sedemikian rupa? Ini kerana, kecantikan seseorang wanita yang tidak disertai dengan akhlak baik, tidak menepati ciri-ciri wanita solehah. Hasil perkahwinan yang dilangsungkan atas dasar kecantikan paras rupa semata-mata berkemungkinan tidak mendatangkan kebahagiaan dan kegembiraan. Lagipun, dalam Islam kecantikan tidak hanya bermaksud kepada keelokan paras rupa malah meliputi akhlaknya iaitu budi pekertinya, cara bercakap, adabnya, dan keupayaannya menjaga maruah diri dari fitnah. Ini kerana, ramai sahaja wanita memiliki agama yang baik tapi berakhlak buruk. TAHU agama sahaja TIDAK CUKUP. Oleh itu, carilah wanita yang berakhlak mulia dan bersedia untuk belajar meningkatkan pengetahuan agama dari semasa ke semasa. Selain itu, kebersihan diri juga perlu dinilai kerana ramai juga wanita yang cantik tetapi sebenarnya PENGOTOR dan suka menyepah. Itulah faktor-faktor yang patut diperhatikan dalam konteks kecantikan seorang wanita ketika kita memilih calon isteri. Haruslah difahami bahawa, Islam tidak melarang manusia untuk mengutamakan faktor kecantikan, keturunan, ataupun harta. Sebaliknya, ia bermaksud bahawa sekiranya ciri-ciri tertentu sahaja yang ada pada seseorang perempuan, maka pemilihan berdasarkan AGAMA adalah yang PALING BAIK. Seandainya kesemua ciri-ciri ini ada, maka itulah wanita yang paling baik untuk dijadikan pasangan (Kitab al-Fiqh al-Manhaji). Bayangkan, sekiranya wanita tersebut adalah wanita solehah yang memiliki kecantikan, bukankah dia lebih memahami landasan baginya memanfaatkan kecantikannya agar sentiasa diredhai Allah dan suaminya? Isteri yang solehah akan mendapatkan pahala dalam berpakaian cantik dan berdandan untuk suami berbeza dengan isteri di zaman moden yang bersolek kemudian ditunjukkan di hadapan umum, hanyalah keperibadian yang dicela. Tidak diizinkan bersolek di luar rumah bukan bermaksud seorang isteri tidak boleh berpakaian rapi dan bersih ketika di luar rumah. Seorang muslim haruslah berpakaian rapi dan bersih di hadapan sesiapapun. Akan tetapi, kita harus membezakan antara bersolek dengan berpakaian rapi dan bersih. Ini kerana, ketika bersolek, sudah ada niat untuk memberikan layanan (ataupun menunjukkan kecantikan) kepada seseorang sedangkan berpakaian rapi dan bersih, tidak. Oleh sebab itu, perkara bersolek/berhias ini hanya dibolehkan ke atas suami. Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara lelaki-lelaki mereka, atau putra-putra saudara lelaki-lelaki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau para perempuan (sesama Islam) mereka, atau hamba sahaya yang mereka miliki, atau para pelayan lelaki-lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertobatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, agar kamu beruntung. Disebabkan itulah pentingnya memilih calon isteri dengan mendahulukan kriteria agamanya berbanding yang lain, kerana… Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. Empat perkara yang mendatangkan kebahagiaan: Isteri solehah, rumah yang luas, kejiranan yang baik, kenderaan yang selesa. Kesimpulannya, mencari wanita solehah itu bukanlah perkara yang mudah. Ia diibaratkan seperti mencari sebutir permata di celahan pasir. Kerlipannya seakan sama tapi sukar dibezakan yang mana asli dan yang mana palsu. Oleh sebab itu, Islam menyediakan panduan untuk membuat pilihan yang sesuai dengan syarak, agar kita tidak mudah terpedaya dengan kilauan yang palsu. Lalu, bagaimanakah pula panduan untuk menilai calon suami? -To be continued… -Edited by beyond.dunia RUJUKAN https://www.ikim.gov.my/index.php/2021/06/20/kriteria-mencari-jodoh/ https://tzkrh.com/maksud-sebenar-hadis-wanita-dinikahi-kerana-empat-perkara/ https://www.muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3270-al-kafi-1192-ciri-ciri-wanita-solehah-dan-kelebihannya https://tzkrh.com/dinikahi-wanita-solehah-kerana-4-perkara-ini/ https://baitulmuslim.com/artikel-perkahwinan/kriteria-memilih-pasangan-mengikut-syariat-islam-482902 https://muslim.okezone.com/read/2021/12/23/616/2521508/4-kriteria-memilih-pasangan-hidup-menurut-rasulullah https://www.hmetro.com.my/addin/2019/04/446693/amanah-suami https://amenudden.wordpress.com/2015/03/09/bab-berbuat-baik-pada-isteri-perintah-allah-dan-sunnah-rasulullah-saw/ https://lingkarkediri.pikiran-rakyat.com/khazanah/pr-67944482/syarat-memilih-pasangan-dalam-agama-islam https://www.republika.co.id/berita/qny3r8320/3-pesan-terbaik-rasulullah-saw-untuk-suami-kepada-istri https://harakahdaily.net/index.php/2021/03/18/isteri-rumah-jiran-dan-kenderaan/ http://076115islam.blogspot.com/2009/04/wanita-solehah-sebagai-isteri.html https://id.theasianparent.com/tanda-istri-tidak-bersyukur https://www.orami.co.id/magazine/tanda-istri-kurang-bersyukur http://masauntukislam.blogspot.com/2016/11/9-hikmah-isteri-taat-kepada-suami-yang.html https://www.iium.edu.my/kkk/pdf_tazkirah/Sebab%20Apa%20Wanita%20Ramai%20Masuk%20NERAKA.pdf https://www.sinarharian.com.my/article/30432/LIFESTYLE/Sinar-Islam/Apakah-ciri-calon-wanita-syurga https://www.bharian.com.my/wanita/keluarga/2019/10/618110/taat-suami-selagi-tidak-melanggar-syarak-bahayakan-nyawa https://www.mywilayah.com/2021/04/6-ciri-isteri-solehah.html Tarmudi, Z., Tarmuji, R., & Abd Malik, N. A. (2014). Pemilihan Pasangan Hidup Bercirikan Nilai-Nilai Islam: Pendekatan Kabur. Malaysian Journal Of Mathematical Sciences, 8(1), 139-155. https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/3874-irsyad-al-fatwa-siri-ke-342-adakah-disyaratkan-bermimpi-sebagai-jawapan-istikharah https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2768-irsyad-al-fatwa-siri-ke-269-hukum-andartu-bertemu-bomoh-untuk-mendapatkan-jodoh https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2768-irsyad-al-fatwa-siri-ke-269-hukum-andartu-bertemu-bomoh-untuk-mendapatkan-jodoh https://www.suara.com/news/2021/11/15/122253/pengertian-taaruf-hukum-dan-tata-cara-dalam-ajaran-agama-islam https://wolipop.detik.com/wedding-news/d-4813199/tata-cara-taaruf-sesuai-syariah-islam. https://www.inews.id/lifestyle/muslim/tata-cara-taaruf/2. https://www.popbela.com/relationship/married/windari-subangkit/arti-khitbah-dan-tata-caranya-menurut-islam/10 https://www.gramedia.com/literasi/khitbah/#Hal_yang_diperhatikan_sebelum_khitbah https://dalamislam.com/hukum-islam/pernikahan/cara-taaruf-yang-benar http://www.rumahtaaruf.com/2015/03/jawaban-shalat-istikharah-apakah-harus.html https://letstalkaboutmarriagesite.wordpress.com/2017/06/15/proses-mumakahat-all-about-istikharah-taaruf-sampai-pernikahan-syari/ https://www.islampos.com/saat-memilih-pasangan-kenapa-mesti-shalat-istikharah-40528/ https://akumuslim.asia/doa-dipermudahkan-urusan-yang-anda-perlu-tahu/ https://www.surah.my/ https://www.suara.com/news/2021/09/04/181043/5-amalan-zikir-untuk-memudahkan-urusan Tutup aurat sempurna (hmetro.com.my) Dua Jenis Khitbah dalam Islam | Bincang Syariah Tanda kiamat: Zina bermaharajalela (hmetro.com.my)
0 Comments
Leave a Reply. |
Doa Menuntut Ilmu
|