السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Nabi SAW telah bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA yang berbunyi: Jika (seorang lelaki) datang (untuk meminang anak perempuan kamu) dan kamu berpuas hati dengan agamanya serta akhlaknya, nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu tidak kamu lakukan maka akan terjadi fitnah di (muka) bumi. Hadis tersebut telah meletakkan ASAS pertama yang kuat, dasar yang kukuh, serta prinsip yang sihat dan kaedah yang tepat dalam memilih suami. Rasulullah SAW menyeru supaya dalam hal memilih suami hendaklah lebih mendahulukan soal agama dan akhlaknya daripada hal-hal lainnya. Baginda SAW menekankan supaya kita meneliti dua hal tersebut ketika ingin memilih calon yang sesuai. Calon suami yang memiliki ciri-ciri ini diharapkan dapat melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga dengan sebaik-baiknya, memelihara hak-hak dan kehormatan ahli keluarga; mendidik isteri dan anak-anak serta menafkahi mereka sewajarnya. Menolak calon suami yang mempunyai kebaikan dalam agama dan akhlaknya akan menimbulkan fitnah dan kerosakan yang luas di kalangan masyarakat. Lebih malang lagi, kerosakan tersebut mungkin menghancurkan nasib wanita yang solehah jika dia diserahkan sebagai isteri kepada seorang lelaki yang fasik dan derhaka. Dibimbangi wanita yang pada mulanya berperibadi mulia, akhirnya lalai dan terseret jauh dibawa oleh kesesatan suaminya sendiri. Apabila seorang wanita itu dikahwinkan dengan seorang lelaki, maka dia akan mengikut suaminya. Sekiranya lelaki yang dikahwininya baik, maka baiklah dia. Jika sebaliknya, maka akan hancur dan musnahlah kehidupannya. Al-Tahtawi (2005) menyatakan bahawa menjadi tanggungjawab seorang wali untuk memilih calon suami anak perempuannya seorang yang beragama dan berakhlak. Jika wali tersebut menikahkan anaknya dengan seorang yang fasik atau peminum arak, maka dia telah melanggar perintah agama dan mengundang kemurkaan Allah SWT. Diriwayatkan dalam sebuah kisah, seorang lelaki datang menemui Hasan bin Ali RA (cucu Rasulullah S.A.W) untuk meminta nasihat: Dia berkata, “Anak perempuanku dipinang oleh beberapa orang lelaki. Lelaki yang bagaimanakah yang layak dikahwinkan dengan puteriku?” Lalu Hasan bin Ali RA menjawab, “Kahwinkanlah dia dengan lelaki yang bertaqwa kepada Allah, kerana jika dia menyukai isterinya dia pasti mengasihinya, tetapi jika dia tidak menyukai isterinya pasti dia tidak akan berlaku zalim terhadapnya (tetap menghormati isterinya), kerana dia takut terhadap Allah.” Jadi, bagaimanakah cara yang mudah untuk para wanita ‘screen’ calon suami menggunakan apa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW? 1. Teliti Agamanya “Adakah dia meninggalkan solat 5 waktu?” Jika ya, maka JANGAN TERUSKAN! sebab dia tidak melepasi syarat utama yang diajarkan dalam Islam. Ini kerana, seorang suami WAJIB membimbing isterinya dengan mengajar ciri-ciri wanita Islam, hal-hal ibadah, akhlak, serta tanggungjawab-tanggungjawab sebagai seorang isteri tanpa melupakan tanggungjawab terhadap dirinya sendiri. Sekiranya dia sendiri sudah tidak menegakkan kewajipan utama sebagai seorang Muslim, bagaimana mungkin dia meluruskan kehidupan orang lain ? Yang membezakan seseorang Islam dengan syirik dan kafir itu ialah meninggalkan solat. Perkara pertama yang akan dihisab pada diri seseorang pada orang hari akhirat daripada sekalian amalnya ialah solatnya. Jika solatnya benar (sempurna), maka jika baik solatnya maka dia akan berjaya dan menang, dan jika solatnya kurang (iaitu tidak benar) maka dia akan rugi dan menyesal. Sesiapa yang menjaga solatnya, maka solatnya itu akan menjadi cahaya baginya, dan bukti serta penyelamat pada hari kiamat. Dan sesiapa yang tidak menjaga solatnya maka tiadalah baginya mendapat cahaya, bukti dan keselamatan pada hari kiamat, malah pada hari itu dia akan (dibangkitkan) bersama-sama dengan Firaun, Qarun, Haman, dan Ubai bin Khalaf. Orang yang tidak solat mengundang murka Allah. Jika Allah sudah murka, bagaimanakah rahmat dan keberkatan hidup berumah tangga akan dikecapi? Yang pastinya, ketenangan serta kebahagiaan hidup berkeluarga tidak akan dinikmati. Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menjelaskan bahawa bila wujudnya ‘habluminallah’, maknanya tak wujud lagi ‘hablumminasyaitan’ (iaitu hubungan yang terbina antara manusia dengan syaitan) kerana sifat syaitan itu adalah memisahkan suami isteri. Kegagalan menjaga rukun Islam kedua iaitu menunaikan solat 5 waktu akan mewujudkan ‘habluminassyaitan’ dalam rumah tangga. Justeru, mudahlah bagi syaitan untuk merosak keamanan rumah tangga lalu memisahkan keduanya. Setelah itu lihat, “Ada atau tidak amalan-amalan sunnah yang sudah jadi kebiasaannya?” Ini kerana, calon suami yang mampu mengerjakan amalan-amalan sunnah, menunjukkan bahawa solat wajibnya tidak pernah terabai. Perhatikan juga dengan teliti, “Adakah dia menjaga aurat?” Ini kerana, aurat adalah kehormatan diri bagi seseorang yang WAJIB dijaga dan dipelihara sepanjang masa. Menjadi satu kewajipan bagi seorang umat Islam menutup auratnya dalam apa jua keadaan. Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). Orang lelaki tidak boleh memandang kepada aurat lelaki dan perempuan tidak boleh melihat kepada aurat orang perempuan. Tidak boleh dua orang lelaki berada (tidur) dalam satu selimut tanpa pakaian dan begitu juga dengan wanita, mereka dilarang berbuat demikian. 2. Teliti Akhlaknya “Bagaimana dia melayani dan bergaul dengan ahli keluarganya?”, “Apakah emosinya stabil?”, atau “Adakah dia mudah marah?” Ini kerana, calon suami yang memiliki emosi yang stabil menunjukkan tanda kematangan jiwa, kedewasaan, dan kesedian diri untuk menjadi pemimpin keluarga. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak untuk aku berbuat baik kepadanya?” Maka Rasulullah SAW menjawab: “Ibu kamu (adalah manusia yang paling berhak untuk kamu berbuat baik kepadanya), kemudian ibu kamu, kemudian ibu kamu, kemudian bapa kamu.” Penghuni syurga itu (iaitu orang-orang yang bertakwa) adalah… orang yang suka menahan marahnya (emosinya), suka memaafkan orang lain, Allah cinta kepada orang-orang yang suka berbuat kebaikan. Dari Anas RA berkata: “Shafiyyah mendengar bahawa Hafshah berkata Shafiyyah itu anak Yahudi. Maka menangislah dia. Lantas Rasulullah SAW menghampiri Shafiyyah yang masih dalam tangisannya. Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya di antara mereka. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya. Aku ingatkan kepada kalian tentang hak dua orang yang lemah iaitu anak yatim dan perempuan. Banyak perempuan menemui isteri-isteri Muhammad untuk mengadukan perlakuan suami mereka. Suami-suami seperti itu bukanlah orang-orang terbaik. Barang siapa beriman kepada Allah SWT dan hari akhir, hendaklah ia tidak mengganggu tetangganya. Jagalah pesanku tentang kaum perempuan agar mereka diperlakukan dengan baik. Sebab mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok. Tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas. Jika engkau berusaha meluruskannya, tulang itu akan patah. Jika engkau membiarkannya, tulang itu tetap bengkok. Oleh kerana itu jagalah pesanku tentang kaum perempuan agar mereka diperlakukan dengan baik. Seterusnya, amati sisi kepimpinannya (juga meliputi prinsip dan cara pemikirannya dalam membuat keputusan). “Bagaimana dia menghadapi masalah/membuat keputusan?” Ini kerana, amanah kepimpinan akan ditanya. Sebagaimana yang diingatkan oleh Rasulullah SAW. Lelaki (suami) adalah pemimpin bagi keluarganya dan kelak ia akan ditanya (dimintai pertanggungjawaban) tentang mereka. Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. Dalam institusi kekeluargaan, menyatukan dan membangunkan keluarga dengan matlamat yang jelas di jalan yang diredhai Allah itu sangat penting kerana di situlah kita akan mengelola pendidikan dunia dan akhirat kepada anak-anak, iaitu saham akhirat kita. Kemudian, perhatikan “Bagaimana caranya menguruskan duit?”, “Adakah dia menghabiskan duit untuk hobi dan kesukaannya?”, “Adakah dia BOROS?”, “Adakah dia terlalu berkira/KEDEKUT?” atau “Adakah dia suka berhutang?”. Ini kerana, Islam melarang dan menegah umatnya daripada membazir kerana membazir merupakan satu tabiat buruk manusia yang sering terjadi apabila mereka dikurniakan rezeki atau nikmat yang banyak dan melimpah ruah. Sesungguhnya orang yang membazir adalah saudara syaitan dan syaitan amat suka kepada orang yang boros dan berbelanja mengikut hawa nafsu. Seseorang yang pandai mengurus wang sudah pastinya mengamalkan cara perbelanjaan yang bijak, sederhana, dan terancang mengikut keutamaan dan keperluan serta menghindari gaya hidup mewah dan boros, disamping menabung (membuat simpanan) untuk masa depannya. Sesungguhnya orang-orang yang membazir membelanjakan harta kepada pada jalan yang menyalahi syarak itu ialah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat kufur kepada Tuhannya. Dan mereka yang apabila membelanjakan harta, mereka tidak berlebih-lebihan dan tidak juga bakhil kedekut dan sebaliknya perbelanjaan mereka itu adalah sederhana di antara kedua-duanya. “… Dan kewajiban ayah menanggung nafkah dan pakaian mereka dengan cara yang patut. Seseorang tidak dibebani lebih dari kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita karena anaknya dan jangan pula seorang ayah (menderita) kerana anaknya…” Berimanlah kepada Allah dan rasulNya, dan belanjakanlah pada jalan Allah sebahagian daripada harta kurniaanNya yang dijadikannya kamu sebagai penguasaNya. Maka orang-orang yang beriman antara kamu dan membelanjakan sebahagian daripada harta itu pada jalan Allah, mereka beroleh pahala yang besar. Islam tidak melarang seorang perempuan untuk menikahi lelaki yang berharta dan berpangkat tinggi, namun islam memberikan skala ‘priority’ dalam memilihnya. Kriteria seorang suami yang baik ialah mereka yang beragama dan berakhlak mulia dan dua sifat inilah yang sebenarnya menentukan KEKUFUAN pasangan suami isteri itu. Sekufu atau kafa’ah dalam bahasa arab merujuk kepada PERSAMAAN di antara suami isteri daripada aspek KEADAAN HIDUP. Menurut al-Zuhayli (1985) dan Sayyid Sabiq (1990), sekufu antara suami isteri dari aspek sosial bertujuan memastikan keamanan dan kebahagiaan rumah tangga. Sekufu juga perlu sebagai jaminan keselamatan bagi perempuan daripada kegagalan serta kepincangan dalam rumah tangga. Jumhur ulama berpendapat aspek agama, keturunan, merdeka (bukan hamba) dan pekerjaan termasuk dalam skop sekufu. Mazhab Hanafi dan Hambali pula menambah aspek HARTA. Manakala, mazhab Maliki menyatakan sekufu itu merangkumi aspek agama dan tiada kecacatan tubuh badan sahaja. Justeru, kriteria sekufu perlu diambil kira sebagai jaminan kebahagian alam perkahwinan dan seterusnya. Kesimpulannya, terdidiknya seorang isteri adalah apabila solehnya seorang suami. Mencari yang soleh itu PENTING kerana seorang suamilah yang akan membimbing isterinya.
-Edited by Beyond.Dunia RUJUKAN https://www.ziyad.web.id/2014/04/cara-memilih-calon-suami-menurut-hadis.html http://bhalaqah.blogspot.com/2010/11/lelaki-yang-bagaimana-untuk-jadi-calon.html https://www.islamituindah.my/ciri-ciri-suami-soleh-menurut-islam/ https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3281-al-kafi-1203-mengapakah-didahulukan-berbuat-baik-kepada-ibu-sebanyak-tiga-kali https://akumuslim.asia/aurat-lelaki-dan-aurat-perempuan-dalam-islam/ https://muftiwp.gov.my/en/artikel/tahqiq-al-masail/2238-tahqiq-al-masa-il-siri-ke-1-hukum-qadha-bagi-seseorang-yang-meninggalkan-solat-dengan-sengaja https://www.astroawani.com/berita-malaysia/abaikan-solat-punca-suami-isteri-bercerai-211911 https://harakahdaily.net/index.php/2020/11/29/lemahnya-iman-penyebab-hancurnya-rumah-tangga/ https://www.orami.co.id/magazine/menghadapi-suami-pelit-menurut-islam http://www.kheu.gov.bn/Lists/Khutbah/NewDisplayItem.aspx?ID=783 https://www.facebook.com/1428143590768973/photos/a.1428149667435032/1438589713057694/?type=3&_rdr Tarmudi, Z., Tarmuji, R., & Abd Malik, N. A. (2014). Pemilihan Pasangan Hidup Bercirikan Nilai-Nilai Islam: Pendekatan Kabur. Malaysian Journal Of Mathematical Sciences, 8(1), 139-155. https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/3874-irsyad-al-fatwa-siri-ke-342-adakah-disyaratkan-bermimpi-sebagai-jawapan-istikharah https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2768-irsyad-al-fatwa-siri-ke-269-hukum-andartu-bertemu-bomoh-untuk-mendapatkan-jodoh https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2768-irsyad-al-fatwa-siri-ke-269-hukum-andartu-bertemu-bomoh-untuk-mendapatkan-jodoh https://www.suara.com/news/2021/11/15/122253/pengertian-taaruf-hukum-dan-tata-cara-dalam-ajaran-agama-islam https://wolipop.detik.com/wedding-news/d-4813199/tata-cara-taaruf-sesuai-syariah-islam. https://www.inews.id/lifestyle/muslim/tata-cara-taaruf/2. https://www.popbela.com/relationship/married/windari-subangkit/arti-khitbah-dan-tata-caranya-menurut-islam/10 https://www.gramedia.com/literasi/khitbah/#Hal_yang_diperhatikan_sebelum_khitbah https://dalamislam.com/hukum-islam/pernikahan/cara-taaruf-yang-benar http://www.rumahtaaruf.com/2015/03/jawaban-shalat-istikharah-apakah-harus.html https://letstalkaboutmarriagesite.wordpress.com/2017/06/15/proses-mumakahat-all-about-istikharah-taaruf-sampai-pernikahan-syari/ https://www.islampos.com/saat-memilih-pasangan-kenapa-mesti-shalat-istikharah-40528/ https://akumuslim.asia/doa-dipermudahkan-urusan-yang-anda-perlu-tahu/ https://www.surah.my/ https://www.suara.com/news/2021/09/04/181043/5-amalan-zikir-untuk-memudahkan-urusan Tutup aurat sempurna (hmetro.com.my) Dua Jenis Khitbah dalam Islam | Bincang Syariah Tanda kiamat: Zina bermaharajalela (hmetro.com.my
0 Comments
Leave a Reply. |
Doa Menuntut Ilmu
|